Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Thursday, January 31, 2008

    Nampaknya dah hampir sebulan sebulan rasanya saya tak update blog ni, sibuk dengan kertas projek tahun akhir yang perlu disiapkan sebelum penyelia (Dr Wan Suhaimi) ke Holland dan program-program lain. Banyak isu-isu sama ada di kampus mahupun di peringkat nasional yang tak sempat dikupas. Dari isu PTPTN yang tidak berkesudahan hinggalah ke isu Parti Mahasiswa Negara. Bagaimana dengan gerak kerja PMN sekarang... Kita tunggu berita terkini minggu depan. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dan ramai juga yang bersetuju masing-masing mempunyai alasan masing-masing. Apa yang pasti isu PMN ini sudah berjaya mencelikkan minda mahasiswa untuk mereka turut sama berpartisipasi dalam PRU. Sampai bila mahasiswa hanya perlu duduk depan meja dan menghadap buku, sedangkan masyarakat memerlukan buah fikiran mereka yang berpelajaran bagi menikmati sedikit nafas keselesaan dalam negara yang kian menghimpit kini. Tanggungjawab kita bukan setakat belajar dan terus belajar apa yang ada dalam dewan kuliah semata-mata tapi dalam masa yang sama harus turut belajar bagaimana suasana dan keadaan apabila keluar dari menara gading kelak. Pembelajaran adalah sepanjang hayat dan pembelajaran juga boleh diperolehi melalui pengalaman dan perjuangan yang dibawa. Ubah mentaliti bahawa mahasiswa harus hanya mengejar pointer yang tinggi tanpa ada rasa sedikitpun cakna untuk bersama-sama masyarakat.
    Pelbagai isu yang melanda: keselamatan, harga barang, media yang terlalu bias dsb. PRU semakin hampir dan Pak Lah terus berteka-teki dengan rakyat bilakah tarikh keramat tersebut.. Media cetak dan elektronik pula tengah sibuk mengupas berkaitan isu-isu PRU, dan seperti biasa akan ada bias dalam setiap laporan dan sekali lagi bloglah menjadi media alternatif bagi mendapatkan maklumat terkini. Mungkin ada yang mengkritik kerana menjadikan blog sebagai sumber maklumat namun ia lebih baik daripada hanya mendengar celoteh setengah pihak sahaja.. Bloglah yang sehingga ke detik ini mengupas isu-isu dari pihak kerajaan dan pembangkang dan terpulang kepada pembaca untuk menilai kesahihannya..
    Saya akan cuba berkongsi dengan semua tentang kajian yang sedang dilakukan berkaitan etika global, satu konsep yang kini sedang dikembangkan sehingga ke peringkat PBB. Islam Liberal menjadikan konsep ini sebagai alasan bagi membenarkan paksi mereka yang mengamalkan pluralisme agama. Adakah kaedah menghimpunkan setiap etika yang mempunyai persamaan paling minimal dalam setiap agama dan falsafah di benarkan oleh Islam bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan dunia yang kian bergolak?? Selepas kajian ini selesai saya akan cuba terangkan satu persatu.

    No comments: