Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Wednesday, September 16, 2009

    EVOLUSI: PENIPUAN YANG TERUS DISEDARI


    Ketika di sekolah, kita didedahkan bahawa manusia pada zaman dahulu hidup secara primitif. Hanya bercawat, tinggal di dalam gua, hidup berpindah randah dan lagaknya seperti kehidupan sekelompok monyet di hutan. Kelompok-kelompok ini akan berbalahan sesama sendiri untuk menguasai sesuatu kawasan. Rupa dan bentuk fizikal mereka juga dilukis atau dilakar seperti monyet, berbulu dengan berjalan membongkok. Kemudian berlaku perkembangan demi perkembangan, sehinggalah dikatakan manusia mengalami perkembangan inteletual, membentuk ketamadunan dan akhirnya mengecapi kemodenan seperti hari ini. Kalimah-kalimah evolusi disebut berkali-kali dalam dokumentari-dokumentari, secara berulang kali dan nampaknya mereka tidak pernah berputus asa dalam hal ini. Filem-filem Hollywood membawa doktrin evolusi dan dikembangkan secara meluas ke seluruh dunia. Pernah menonton filem Planet of The Apes? Kisah seorang manusia yang terkandas di sebuah planet yang dipenuhi monyet-monyet genius dan sekembalinya ke bumi terkejut apabila Amerika dikuasai oleh binatang mamalia tersebut. Ia mempunyai beberapa versi tetapi jalan ceritanya sama. Proses pendoktrinan ini tidak habis di situ. Ia bukan sekadar diserap ke ilmu sains tetapi dikembangkan ke pelbagai disiplin ilmu yang lain : antropologi, pendidikan, sejarah dan banyak lagi. Teori Thomas Kuhn berkenaan paradigma sains yang tidak bebas nilai tetapi berdasarkan kerangka tersendiri, ditentang habis-habisan walaupun mereka sendiri cuba meletakkan penilaian menurut kaca mata evolusisme.

    Teori Charles Darwin yang mewarisi beberapa pandangan dari datuknya, Erasmus Darwin tentang evolusi ini belum pernah dibuktikan secara kukuh, bahkan ia hanya bersifat spekulatif semata-mata. Bagi menjustifikasikan kebenarannya, pentaasub monyet ini melakukan beberapa penipuan seperti penemuan tengkorak Pittdown yang dikatakan separuh mawas dan separuh manusia yang dicantumkan secara pasang siap seterusnya diletakkan dalam tasik, memalsukan data DNA ketika membuat kajian tentang asas protein dalam hidupan, lukisan-lukisan palsu Hackel dan Duxley yang memaparkan gambar binatang yang berevolusi dan banyak lagi. Hipotesis Darwin ini langsung tidak jelas dan sangat bercanggah dengan kaedah saintifik Barat. Anehnya ia terus disokong, dikaji dan disebarkan walaupun banyak kajian-kajian sahih yang menolaknya. Kesemua hal ini berlaku tidak lain bagi memastikan sains dengan ketuhanan terus terpisah. Evolusisme lahir di era pencerahan Barat, yang menolak agama secara total selepas ditindas sebegitu teruk oleh gereja (saya sudah jelaskan hal ini dalam topik yang lepas). Cuba bayangkan apakah yang terjadi di Barat sekarang sekiranya konsep metafizik ini diserap semula ke dalam disiplin ilmu sains mereka. Stephen Hawking yang mengembangkan teori Big Bang dan beberapa sumbangannya dalam bidang kosmologi tidak pernah mendapat anugerah nobel kerana unsur ketuhanan yang dikemukakan setelah menyedari terdapat kuasa yang maha besar yang menentukan pembentukan alam ini iaitu kehendak Ilahi.

    Ia juga bukan sekadar itu. Teori ini membenarkan Barat untuk terus bercita-cita menguasai dunia. Teori Darwin mengatakan yang kuat akan mengalahkan yang lemah dalam persaingan hidup dan kitaran alam di mana evolusi yang lebih lama menghasilkan baka yang lebih baik. Adolf Hitler memperakui teori ini untuk perjuangan Nazi (Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei / The National Socialist German Workers’ Party) di Jerman. Begitu juga Benito Musslino, pemimpin parti Fasis Kebangsaan di Itali yang bersekutu dengan Jerman dan Jepun menentang pihak Berikat. Puluhan juta terbunuh di Eropah bagi memenuhi kehendak perjuangan ini (Di Soviet Union sahaja hampir 30 juta terbunuh). Karl Marx sendiri dalam Das Kapital memberi penghargaan kepada Darwin kerana menepati doktrin komunismenya. Lenin dan Joseph Stalin yang menguasai empayar besar Soviet membunuh ratusan juta penduduk di seluruh dunia yang kemudiannya disambung oleh rejim Marx yang lain. Ia turut berlaku di China, Kemboja, Vietnam dan banyak negara yang lain termasuk Malaysia. Namun ia bukan hanya tertakluk kepada penganut Marx semata-mata tetapi dijadikan oleh Barat secara keseluruhannya untuk menguasai dunia di era kolonialisasi, melakukan penjajahan, perhambaan dan perdagangan seks. Dalam versi baru, penjajahan difokuskan kepada ekonomi serta pendidikan. Konsep kapitalisme yang membolehkan apa sahaja dibuat untuk mencapai keuntungan dijadikan anutan sebahagian penduduk dunia kini. Dan yang menguasai kek ekonomi terbesar ialah segolongan elit tertentu yang menggunakan pelbagai kaedah, dari perbincangan hingga peperangan demi mengaut apa yang diingini. Ia menjadi seakan peraturan yang dipersetujui, lantas tiada siapa yang sanggup menentangnya kerana akan digelar musuh dunia.

    Semua ini memaparkan kebobrokan yang berlaku kini. Teori yang mengatakan manusia adalah sebahagian dari binatang yang berasal dari hidupan yang sangat seni ini bercanggah dengan ajaran Islam yang semulajadi. Adam dicipta terus oleh Allah SWT dan diajarkan nama-nama sehingga malaikat sendiri tidak mengetahui ilmu yang diajar tersebut. Ia diteruskan oleh para Nabi dan Rasul selepas itu, membawa cahaya ketamadunan yang disulami keimanan kukuh melahirkan manusia-manusia berilmu, bukannya monyet-monyet yang bergantungan di pokok-pokok. Kejadian alam ini berlaku secara sangat-sangat tertib yang tidak memungkinkannya terjadi secara kebetulan. Konsep ini tidak terhenti kepada sains tetapi meliputi pelbagai bidang termasuk politik dan ekonomi, memastikan Barat terus gah kerana mereka mengganggap bahawa diri mereka adalah yang terbaik dari sekalian makhluk evolusi yang lain.

    1 comment:

    syuhadah dzarawi said...

    Salam.

    Kembali semula kepada agama tauhid, habis cerita. Kekeliruan dan celaru yang ada hari ini kerana kita mengadaptasi membuta tuli iLmu 'moden' dari Barat. Bukan salah mereka, zaman gelap telah menyebabkan diorang tak nampak jalan yang lurus. Tapi kita yang dibesarkan dalam suasana beragama ni selalu berbangga dengan budaya luar.

    Golongan evolutionist di Barat sudah semakin lemah. Kalau dalam iLmu sains, perkembangan iLmu genetik menyebabkan teori ini semakin tidak relevan. Tetapi perkembangan yang agak pasif di negara ketiga (@membangun..?) spt MaLaysia ni menyebabkan teori sebegini masih diguna pakai sebagai siLibus uTama di universiti/ sekolah.

    Konsep iLmu Barat dan iLmu isLam tak sama. But yet, people are fail to understand.