Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Sunday, June 29, 2008

    GAMIS = NGO = ?

    Satu usaha positif. Langkah Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) untuk mendaftarkan pertubuhan itu ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara sebagai NGO (pertubuhan bukan kerajaan) merupakan satu usaha baru untuk terus melangkah ke hadapan. Walaupun ramai yang mempertikaikan usaha tersebut namun ia tidak wajar dilihat sebagai satu usaha sia-sia yang akan membantutkan perkembangan gerakan mahasiswa Islam.

    NGO sebagai antara kuasa pendesak kepada kerajaan telah lama wujud seawal pertengahan abad ke-19 lagi. Ia mempunyai peranan dan fungsi yang sangat besar jika benar-benar dimanfaatkan. Oleh sebab itu NGO bukan sekadar ditubuhkan di peringkat negara atau tempatan sahaja bahkan tersebar ke peringkat antarabangsa sesuai dengan apa yang terkandung dalam Artikel 71 PBB. Dianggarkan terdapat 400,000 NGO yang berfungsi di peringkat antarabangsa. Rusia mempunyai 277,000 NGO manakala India pula dikatakan mempunyai antara 1 atau 2 juta NGO.

    Sesebuah gerakan yang berjaya ialah gerakan yang bersifat dinamik, bijak mengambil peluang dan teliti dalam menganalisis persekitaran. GAMIS melihat sudah sampai masanya bagi gerakan ini bukan bergerak sebagai entiti mahasiswa Islam semata-mata seperti dahulu tetapi juga sebagai pertubuhan yang diakui kesahan dan 'kedaulatannya'. Dengan kaedah ini ia akan lebih mudah bergerak. Mempunyai kemampuan mempengaruhi dan membentuk suara masyarakat massa yang bukan sekadar tertumpu di peringkat kampus dan nasional bahkan boleh digerakkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

    Harakah sudah diluluskan untuk diterbitkan dua kali seminggu, begitu juga dengan kelulusan Suara Keadilan. Terbaru Parti Sosialis Malaysia diluluskan oleh kerajaan selepas sekian lama menunggu. Oleh itu GAMIS perlu menggunakan peluang kebebasan yang diberikan oleh kerajaan sekarang.

    Namun, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian sebelum ia benar-benar terdaftar sebagai NGO. Pimpinan GAMIS harus memastikan gerak kerja dan aktiviti yang dilaksanakan sebelum ini tidak terbantut. Dengan maksud, menjadi NGO adalah untuk memudah dan melicinkan gerak kerja bukannya membantutkannya. Jika usaha menNGOkan GAMIS ini merencatkan gerak kerja dan menghilangkan jati dirinya maka lebih baik ia kekal seperti sekarang.

    GAMIS perlu menjadi NGO luar biasa bukannya organisasi belia biasa seperti Gerakan Belia 4B. Bukan hanya terlalu menumpu kepada aspek agama seperti ABIM dan Majlis Belia Hindu Malaysia. Juga bukan hanya organisasi yang hanya memfokuskan pelajar seperti GPMS dan PKPIM. Ia perlu mengekalkan entiti yang ada sekarang tetapi dengan wajah yang baru. Sebagai sebuah gerakan mahasiswa Islam bersifat nasional yang mempunyai wadah yang dinamik. Yang pastinya jangan letakkan GAMIS di bawah Majlis Belia Malaysia (MBM) sudahlah.

    2 comments:

    kalamtumpul said...

    kalau nta g mesir, minta tolong adik nta dapatkan no phone hakimi taib azamuddin(Kedah/Kusza) dan riduan nazri(Phg/Kusza)tanya tempat dan mklumkan ana nak jumpa dia orang di mesir beberapa minggu lagi. dan jemput dia org dtg ke dimasq.. makan minum ditanggung..

    nasaie

    Anak Muda Reform said...

    ape kes malay pig tuh??ko kat syiria sempat lagi menulis ek..cepat lah balik, aku rindu kat ko..aku cuma satu je, matlamat GAMIS perlu jelas, atas asas ape mereka pilih jalan NGO, tak jadi NGO pun dah kencang (sekadar demokrasi dlaam negara kita lah..)..yela, kita hilangkan proksi dan medan melahirkan dan mendidik kepimpinan adik2 kita di medan nasional, pengorbanan dan ijtihad nih bukan mainan, kita perlu mengisi NGO ini..ayuh semua alumni GAMIS gembeling tenaga, sama semarakkan tarbiyah kampus..