“PEMBOHONGAN TERBESAR” DALAM SEJARAH KETAMADUNAN MANUSIA
Dalam mendepani dunia ekonomi hari ini, sistem kewangan telus dan adil kian mendapat perhatian daripada masyarakat global terutama dari kalangan pengamal ekonomi dunia. Lontaran suara yang pernah diutarakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir b. Mohamad pada 25 Jun 2001 lalu seolah kembali mendapat nafas baru apabila masyarakat dunia terutama golongan profesional di Malaysia terfokus kepada cadangan untuk kembali mewujudkan sistem ekonomi dinar emas yang telah ditinggalkan sejak 63 tahun yang lalu. Sepanjang 63 tahun inilah, ketamadunan manusia seluruh dunia terpaksa mengemis dan melutut kepada negara kuasa kuku besi yang secara rakus membaham titik-titik peluh masyarakat manusia seluruh dunia.
Sekalipun cadangan dan pelan strategik perlaksanaan telah dirangka dengan penuh teliti oleh beberapa pihak yang terlibat secara langsung dalam bidang ekonomi dan kewangan, namun cadangan tersebut seolah dipandang dingin oleh negara-negara OIC yang secara nyata bimbang dengan cadangan yang dikhuatiri keberkesanannya di samping sekatan-sekatan yang dikenakan oleh IMF (International Monetary Fund).
Namun, berapa ramai masyarakat negara ini yang peka serta membincangkan secara serius suara cadangan daripada Tun Mahathir ini? Rata-rata masyarakat hari ini lebih suka menerima sahaja sebarang sistem yang telah tersedia tanpa berbincang dan berfikir terlebih dahulu apakah “pro-contra”nya sesuatu cadangan berbanding manfaat besar yang tersembunyi di sebalik ekonomi dinar emas ini. Sikap masyarakat yang lebih suka menerima berbanding mengkaji dan berfikir ini menyebabkan antara punca utama idea perlaksanaan matawang dinar emas ini terbantut dan sukar dilaksana.
Dalam tempoh perancangan 100 tahun kebelakangan ini, sejarah menunjukkan suatu catatan yang membuktikan wujudnya suatu usaha untuk menguasai dunia melalui penguasaan ekonomi telah dirangka secara terancang dan sulit. Untuk mengetahui kebenarannya, ayuh kita telusuri beberapa tarikh penting dalam sejarah “pembohongan teragung” peradaban manusia.
1) 1910 - suatu perbincangan sulit diadakan di sebuah pulau JEKYLL ISLAND
(rujuk buku “The Creature From Jekyll Island”, karangan G. Edward Griffin).
- Amerika meluluskan penubuhan The Federal Reserve Department (FRD) – perkataan “federal” hanya sekadar untuk mengaburi rakyat Amerika kerana entiti ini diuruskan oleh syarikat-syarikat kepunyaan persendirian asing tetapi mempunyai kuasa besar dalam urusan ekonomi Amerika.
- FRD memperkenalkan “Fractional Reserve Banking” (FRB) yang digunapakai oleh sistem perbankan seluruh dunia (di Malaysia asas ini dikenali sebagai “rizab berkanun”).
2) 1917 - “Balfour Declaration”, pengiktirafan pertama dunia kepada pejuang Zionist
untuk menubuhkan kerajaan di tengah-tengah Negara Palestin.
permulaan kejayaan Perancangan Sulit di Jekyll Island.
kertas Dollar Amerika).
Palestin.
Menurut bekas pengamal perbankan Islam, Hjh Nik Mahani binti Mohamad yang juga hari ini merupakan antara penggerak utama dinar emas, tuntutan rasmi terhadap dinar emas Amerika Syarikat pada awal tahun 1971 adalah sejumlah AS$32 bilion. Namun, rizab emas yang ada pada ketika itu hanyalah 1/3 daripada jumlah tersebut. Hal ini menyebabkan bank-bank pusat asing secara serentak berpusu-pusu mendapatkan kembali emas mereka dengan menebus pegangan dolar Amerika masing-masing akibat hilang kepercayaan terhadap kemampuan saling tukar (convertibility) Amerika. Kecelaruan ini menyebabkan Presiden Nixon akhirnya bertindak memutuskan ikatan antara dolar dan emas. Tindakan yang tidak menghormati keterlibatan 44 buah negara ini menyebabkan dolar tidak lagi dapat ditukar dengan emas sekaligus menandakan berakhirnya era sistem piawaian emas. Maka secara rasminya, berkuburlah era kegemilangan dinar emas.
Inilah detik bermulanya suatu era piawaian kewangan baru yang mekibatkan “total deception” kepada dunia apabila negara-negara yang ingin mencetak mata wang kertas mereka tidak lagi perlu disandarkan atas apa-apa rizab. Yang perlu hanyalah “minimum requirements” yang memerlukan negara tersebut menyimpan sejumlah rizab yang berupa Dolar Amerika atau matawang kertas negara lain disamping sejumlah emas sekiranya ada sebagai asas mencetak matawang kertas negara mereka. Slogan “as good as gold” yang diperkenalkan kepada masyarakat dunia sudah tidak relevan lagi. Atas dasar nilai kepercayaan boleh tukar (convertibility) terhadap sekeping kertas kosong atau lebih dikenali sebagai “wang fiat” yang tertulis padanya suatu nilai tertentu menyebabkan masyarakat dunia tertipu oleh sistem yang dirangka sempurna oleh Amerika.
Bagaimana seandainya peristiwa hilang kepercayaan dunia pada matawang fiat pada tahun 1971 berulang kembali? Bagaimana dengan sistem ekonomi negara kita? Adakah kita terpaksa sekali lagi melalui pengalaman ngeri sebagaimana yang berlaku pada tahun 1998? Adakah pada ketika itu barulah negara akan merangka dan mengkaji secara teliti sejauh mana relevannya dinar emas ini? Semuanya ini adalah disebabkan kebergantungan Negara terhadap ekonomi yang dicipta oleh Amerika tanpa perlu bersandar kepada suatu aset yang mempunyai nilai intrinsik yang sama nilainya dengan nilai matawang yang dicetak untuk diperdagangkan. Sudah lupakah kita kepada matawang pisang yang pernah digunakan pada zaman Jepun dahulu?
“Hanya pakar yang mampu membongkar keculasan bidangnya”. Hjh. Nik Mahani binti Mohamad yang mempunyai pengalaman lebih daripada 25 tahun dalam bidang ekonomi dan kewangan negara berpendapat sistem yang diguna pakai hari ini terlalu banyak kelompangan dan kekurangannya disamping terlalu banyak unsur-unsur riba padanya. Memetik hadith Rasulullah s.a.w. dari Abu Hurairah r.a. dari Abu Daud Miskat: “Akan datang suatu zaman di mana tidak ada seorang pun di muka bumi yang tidak terlibat dengan riba dan jika ada yang mendakwa bahawa dia tidak memakan riba, habuk riba pasti terkena jua!”.
Idea-idea perbincangan dinar emas ini bukan suatu perkara kecil kerana ianya melibatkan soal sistem sosial, ekonomi, politik dan keberkatan dalam sesebuah pentadbiran negara. Tidak hairanlah infrastruktur dan pembangunan yang diiktiraf antara yang terbaik dunia dilihat tidak seiring dengan pemikiran masyarakatnya yang masih dalam kategori minda kelas ketiga. Seandainya perkara yang dilihat asas ini tidak dinilai dan dikaji secara kritikal, pastinya agenda Perdana Menteri, YAB Abdullah Hj. Ahmad Badawi berkenaan pembinaan modal insan dalam masyarakat ini akan terbantut disebabkan tunjang sistem ekonominya yang kurang jelas.
Perbincangan dan kajian ilmiah yang memerlukan penglibatan ahli akademik dan institusi-institusi pengajian tinggi perlu diperkasa dan diperbincangkan secara serius. Seminar, kajian dan perbentangan kertas-kertas kerja berkaitan dinar emas perlu dilaksana secara berperingkat diperingkat kampus dan nasional.
Persidangan dinar emas antarabangsa di PWTC baru-baru ini yang dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah merupakan langkah awal dalam membuka ruang perbincangan, pengkajian serta penerangan secara menyeluruh kepada masyarakat negara ini. Pentadbiran negara di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri dilihat memainkan peranan yang begitu besar dalam memastikan kejayaan ekonomi dinar emas ini disamping penglibatan pelbagai pihak samada secara langsung atau tidak langsung. Usaha memartabat dan merealisasikan matawang dinar emas ini bukan sahaja bakal memberi manfaat yang besar kepada ekonomi negara, bahkan agenda pembangunan sosial, modal insan, pendidikan, jaringan antarabangsa, dan hubungan kesatuan negara-negara Islam sudah pastinya akan lebih kukuh dan sukar digugat pelayarannya oleh negara-negara eropah yang dikemudi Amerika Syarikat. Matlamat dan perancangan besar ini memerlukan kita sebagai warganergara yang mempunyai kesedaran untuk turut sama terlibat dalam perancangan dan perlaksanaannya.
Penulis:
Mohammad Fauzan Bin Maaruf.
Bendahari Agung Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).
Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Malaya.
No comments:
Post a Comment