Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Thursday, March 19, 2009

    Allah Peduli atau Umat Islam Tak Peduli?!


    Kenapa umat Islam menentang penggunaan nama Allah dalam Bible? Salah satunya kerana bagi mengelakkan kekeliruan dan kesalahfahaman akidah Tauhid umat Islam. Dan apabila timbul cadangan Mais untuk mengharamkan lagu Agnes Monica bertajuk ‘Allah Peduli” maka ramai yang memperdebatkan. Bahkan Allah selaku nama paling mulia berbanding 98 nama Allah yang lain seperti yang diperjelaskan oleh Sayyid Sabiq diperdebat dan dibincangkan oleh semua tanpa landasan ilmu dan hujah asas dari Islam. Berikut lirik lagu Allah Peduli:

    Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
    Mengapakah harus terjadi
    Di dalam kehidupan ini
    Suatu perkara yang
    ku simpan dalam hati
    Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

    Allah mengerti
    Allah peduli
    Segala persoalan yg kita hadapi
    Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
    Sbab Allah mengerti

    Allah mengerti
    Allah peduli
    Segala persoalan yg kita hadapi
    Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
    Sbab Allah Yesus ku
    mengerti

    Lagu ini sebenarnya lagu kerohanian gereja yang dinyanyikan oleh Natashia Nikita, juga seorang penyanyi kelahiran Jakarta Indonesia yang memfokuskan tema lagunya berkenaan lagu kerohanian kontemporer. Terdapat beberapa lagi lagu yang dinyanyikan Nikita antaranya: Allah Roh Kudus (Holy Spirit) dan Kau Tetap Allah.

    Agnes Monica pula seorang Kristian (http://574nk.files.wordpress.com/2008/08/agnes_monica-20060131-020-wawan.jpg), dan di Indonesia kalimah Allah digunakan untuk semua agama. Apa yang menimbulkan pertikaian di sini ialah bukan sekadar lirik, tapi ia menimbulkan persoalan kekeliruan khususnya kepada umat Melayu yang tahap kefahaman mengenai Islam semakin minimum. Kerajaan mungkin boleh membendung penggunaan Allah dalam media cetak dan penerbitan tetapi tidak akan mampu mengawal apa yang tersebar luas dalam internet: http://www.graceserve.org/portal/component/option,com_frontpage/Itemid,1/.


    Lihat, dengan lirik lagu sahaja umat Islam sudah terkeliru dan kacau bilau, inikan pula penggunaan nama Allah dalam Bible. Itu belum dijelaskan isu permohonan penerbitan Bible Melayu yang masih dalam kes mahkamah.   

    No comments: