Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Thursday, March 19, 2009

    Kajian: Golongan yang beragama kurang rasa bimbang


    Barat baru menemui kepentingan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan mereka seharian. Itupun sesudah dilakukan penyelidikan saintifik dan berbentuk kuantitatif. Satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Toronto mendapati kepercayaan kepada Tuhan membantu mengurangkan kebimbangan dan meminimumkan tekanan. Berdasarkan hasil kajian tersebut otak golongan yang percayakan Tuhan dan ateis bekerja dengan cara berbeza apabila berdepan tekanan. Percayakan Tuhan menurut mereka mempunyai kesan menenangkan pada otak yang membantu ia menghalang kebimbangan dan meminimumkan ketegangan dengan mudah. Sebagai sebahagian kajian, penyelidik diketuai pakar psikologi, Profesor Michael Inzlicht, melakukan tugasan 'Stroop task' atau ujian kawalan kognitif, ke atas peserta sambil meneliti elektrod yang mengukur aktiviti otak mereka. Menurutnya: "Religion offers an interpretative framework to understand the world. It lets you know when to act, how to act, and what to do in specific situation," "I think religion offers the ultimate explanation for what happens after we leave."
    Berbanding ateis, peserta yang kuat pegangan agama menunjukkan aktiviti yang kurang dalam ‘anterior cingulate cortex’ (ACC) otak. ACC ialah bahagian otak yang membantu mengubah suai tingkah laku dengan memberi isyarat apabila perhatian dan kawalan diperlukan, terutama ketika kejadian yang menerbitkan kebimbangan seperti melakukan kesilapan. Semakin kukuh pegangan agama dan semakin kukuh kepercayaan kepada Tuhan, semakin kurang ACC dilepaskan sebagai reaksi kepada kesilapan dan semakin kurang kesalahan yang dilakukan. Oleh itu menurut Profesor Michael Inzlicht golongan yang kuat pegangan agamanya atau sekadar percaya kurang berasa bimbang dan tertekan apabila melakukan kesilapan.

    Neural Markers of Religious Conviction, Psychological Science Journal, 2009, Volume 20, Issue 3.

    No comments: