Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Monday, January 14, 2008

    Kenyataan Media Pengisytiharan

    Parti Mahasiswa Negara (PMN)

    Di hadapan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, 7 Januari 2008

    Introduksi

    Menelusuri perjalanan lanskap politik Malaysia pada masakini dan sejak tahun 1957, kami sekarang keluar daripada dunia kami atas dasar mengubah arena politik dan mewujudkan satu gelombong kesedaran baru dalam pentas masyarakat Malaysia hari ini. Semoga apa yang kita lakukan akan mendapat pertolongan dan dipermudahkan segala urusan.

    Lawak Jenaka Dan Tipu Daya Dalam Pentas Politik

    50 tahun menelusuri kemerdekaan kita telah melihat banyak perubahan dan pembangunan malahan tidak dapat lari keruntuhan masyarakat Malaysia. Malahan keruntuhan masyarakat mendominasi seluruh perjalanan Malaysia. Selama bertahun lanskap politik malaysia tidak berubah dan masih di takuk lama. Pertandingan antara golongan aristokrat yang diwarisi dari generasi mereka yang sebelum. Walaupun terdapat mereka yang berusaha mendaki ke atas akan tetapi jatuh mengikut masa.

    Arena politik Malaysia masih menyaksikan pertembungan 2 kelompok parti dominan sejak hampir 50 tahun yang lalu yang masih tetap berpencak dan bertelingkah sesama sendiri. BN dan BA (PAS) adalah ibarat pelawak dan badut-badut yang sentiasa sinis dan akan terus bertelingkah sesama mereka walaupun rakyat semakin tercemar dan terus tertindas. Lebih banyak kata-kata kosong diucapkan berbanding yang lebih relevan dan rasional. Perbincangan dan perbahasan perkara remeh menggambarkan tiadanya keintelektulan di dalam gaya hidup mahupun tingkah laku. Kenyataan dan komen remeh. Ya, ramai di kalangan mereka yang menjadi pemerintah di atas sana.

    Faktor Yang Di ambil kira

    Menyedari hakikat untuk mewujudkan suatu gerakan yang lebih dinamik daripada rakyat untuk rakyat, bukan sekadar faktor aristokrasi (kebangsawanan) dan bukan untuk kepentingan seseorang dan bukan untuk menjadi gerakan stereotaip dan konvensional.

    Demi perubahan, kita telah melihat bukti daripada kedua-dua pihak samada kerajaan yang telah lama memegang tampuk pemerintahan mahupun pihak pembangkang yang seringkali mendakwa mereka telah berhempas pulas walaupun pada hakikatnya kita tidak melihat apa-apa kesan dari mereka. Stereotaip pergerakan yang diwarisi semenjak zaman-berzaman telah membuatkan sebahagian daripada manifesto dan agenda yang didukung tidak lagi rasional dengan keperluan semasa. Jadi, kami selaku mahasiswa tampil untuk berpadu bersama masyarakat mendepani segala risiko untuk memikul tanggungjawab dan pertimbangan untuk menghadapi cabaran untuk merubah paradigma dan stereotaip lanskap politik Malaysia kearah gerakan yang lebih dinamik. Kami bukannya pembawa gerakan kebangsawanan malah bukan juga atas dasar kepercayaan keramat. Kami selaku mahasiswa sentiasa bersama masyarakat.

    Berdasarkan rekod yang telah terbukti dan juga keadaan yang dilihat saban hari semenjak dahulu lagi telah menodai masyarakat kita samada dari aspek moral mahupun tatasusila sepertimana yang telah dipamerkan oleh ‘para politikus’ sekarang.

    - Penjawat kerajaan. Masih lagi dihantui dengan unsur kronisme dan juga nepotisma. Walaupun tidak dapat dibuktikan melalui sistem keadilan, namun rakyat tetap merasakan adanya kepincangan di sana sini di dalam pemerintahan sekarang. Pertelingkahan yang berpanjangan sesama mereka sudah di luar kawalan. Persoalan yang tidak sudah-sudah di dalam benak rakyat Malaysia dan juga NGO tentang hak rakyat dan warganegara. Sampaikan pada satu tahap saban hari berlakunya pelbagai versi perarakan raksasa rakyat menggambarkan kesedaran rakyat terhadap isu yang berlaku dan situasi sebenar sekarang di Malaysia.

    - Pembangkang yang masih belum berjaya menjadi penstabil (check and balance) kepada kerajaan yang sedia ada, malah, mereka dibanjiri dengan kepentingan sendiri dan isu. The round up of their act clicks and their internal problems yet dispute.

    Status quo keadaan semasa di Malaysia langsung tidak pernah dicabar semenjak tahun 57 lagi. Rakyat Malaysia terlalu cepat berpuas hati tanpa adanya keinginan untuk satu reformasi kearah sesuatu yang lebih baik. Keinginan itu mungkin ada, namun, kekangan dan juga dinding penghalangnya adalah terlalu tebal dan mereka yang inginkan adanya arus perubahan mahu tidak mahu terpaksa menanggung akibatnya.

    Ikrar Kami Kepada Rakyat Malaysia

    Kami menyedari ideologi rakyat Malaysia dan kami yakin dengan kesepaduan seluruh rakyat Malaysia. Kami langsung tidak terikat dengan mana-mana parti samada BA ataupun BN. Daripada mahasiswa untuk masyarakat, kami akan terus-menerus berhempas-pulas demi rakyat Malaysia. Kecenderungan untuk memilih BN dan BA pada hemat kami selaku mahasiswa adalah tidak lagi relevan dengan situasi semasa.

    Maka tidak akan adanya lagi para pelawak atau ’badut-badut’ yang akan berada di dalam kerajaan kita dengan segala kepincangan yang mereka sedar dan mereka lakukan hanya untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan nasib serta hak kebajikan rakyat, mereka akan terus lakukan malah terus diamalkan. Bersama Menggasak Perubahan!

    Sumpah kami untuk rakyat Malaysia. “Mahasiswa Bersama Rakyat”

    Deklarasi oleh:

    Parti Mahasiswa Negara

    Student National Party

    4 comments:

    hanif amir said...

    Salam..
    Suatu inisiatif yang berani..
    Tapi saya tertanya-tanya bagaimana mahasiswa dapat membantu masyarakat sekitarnya dalam keadaan mahasiswa itu sendiri(dalam konteks hari ini) masih belum dapat membuktikan apa-apa.

    PMN seolah-olah telah hilang sepenuhnya kepada kerajaan dan pembangkang.Bukankah pembangkang yang ada kini jika diberi ruang yang adil akan mampu menjadi faktor check and balance yang sangat berkesan?

    Adakah mahasiswa sudah cukup bersedia dengan tanggungjawab yang sangat berat ini?

    Anonymous said...

    sukar dibayangkan mahasiswa berpolitik tanpa berilmu,,,,,,,,,

    Anonymous said...

    assalmualaikum...
    saya amat tak setuju sesama sekali mahasiswa umtuk terlibat dalam pilihanraya or politik.(PNM). isu-isu n masalah di universiti-universiti pun masih banyak terabai.ni kita nak pegang tanggung jawab yang besar. maslah di akedemi pengajian islam pun masih banyak belum selesai.bilik air di akedemi pengajian islam pun banyal yang tidak ada paip.malu pada fakulti lain. apa yang PMAIUM n PMIUM buat untuk kebajikan pelajr.meeting siang malam hari-hari.natijah tidak aa sibuk meeting saja yang manyak.ini pula untuk negara. satu saja saya nak minta kita kena fikir secara mendalam. memang kami tak yakin mahasisiwa untuk menubuhkan PNM.

    Anonymous said...

    satu lagi punca n sebab mengapa PMIUM di um selalu kalah dalam pilihan raya campus sejak akhir2 in. banyak yang kita boleh muhasabah balik. pertama, mengapa presiden mesti dari kalangan pelajar akedemi islam dan dari nilampuri...?mengapa tidak beri peluang kepada pelajar dari diploma, stpm n fakulti lain. adakah yang dari nilampuri n akedemi islam yang terbaik...? padahal lagi ramai dari bukan nilampuri n fakulti lain yang terbaik...kedua mengapa majlis-majlis tertinggi turut dari nilampuri n akedemi pengajian islam juga...? sama-sama fikirlah.saya harap tuan punya blog dapa memberi jawapan pada komen saya ini.