Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Thursday, October 29, 2009

    The Wedding Season


    Hujung tahun ini saya boleh gelarkan sebagai musim perkahwinan bagi menggantikan musim tengkujuh yang bakal tiba. Sahabat-sahabat sekeliling saya mula menempah kata nama ‘suami’ dan ‘isteri’ hujung tahun ini. Dan ada yang lebih awal serta sudah lahirkan cahaya mata. Di rumah sewa saya sahaja sudah tiga orang mendirikan rumah tangga. Hujung tahun ini 2 orang, Sdr. Dzulkhairi dan Sdr. Yusri. Tahun depan beberapa orang lagi, yang memungkinkan rumah banglo tepi sungai ini ditutup. Tahniah saya ucapkan pada mereka. Moga jalani hidup yang bahagia sehingga ke akhirat dan lahirkan cahaya mata bermanfaat. Pokok yang baik, yang dikahwinkan dengan pokok yang baik juga oleh ‘petani’ yang mahir, maka sudah tentu akan melahirkan tunas baru yang lebih baik. Buahnya juga akan lebih ranum berbanding kedua-dua pokok tadi. Harapnya begitulah kesudahannya. Ibarat firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 24-25 berkenaan kalimah yang baik seperti sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Para mufassirin mentafsirkan kalimah tersebut sebagai tauhid atau Islam. Pasangan yang disemai dengan didikan dan pengamalan Islam insyaAllah melahirkan zuriat yang dua kali ganda sifat baiknya. Itu pun jika disemai dengan baik oleh baja yang subur bukan baja tiruan yang mampu membinasakan tunas tersebut lebih awal. Elakkan juga serangga-serangga yang ingin memakan tunas baru tersebut, musim sekarang musim yang penuh ‘penyakit’ dan banyak pengacau. Jika dibiarkan tunas ini mungkin boleh bermutasi.

    Namun dalam masa yang sama, bukan semua madu dibawa lebah. Bahkan kadang-kadang lebah tak terjumpa bunga, sama ada bunga menutup kelopaknya atau si bunga masih teragak-agak tidak puas untuk terus mekar. Saya sentiasa mendengar desiran sayap (keluhan) lebah-lebah ini. Apa yang saya mampu lakukan ialah cuba ke taman bunga dan cari bunga-bunga yang belum dipetik. Itu sahaja usaha yang boleh saya lakukan setakat ini. Itu belum diceritakan bagaimana sukarnya ingin mendapatkan lebah-lebah yang pastinya berbisa untuk dibawa ke taman bunga yang sangat luas. Kadang-kadang si lebah rambang mata kerana sangkaannya hanya dia sahaja berada di taman tersebut. Ini anologi yang mungkin hanya saya sahaja fahami.

    Kepada yang belum memilih pasangan gunakanlah sabda Nabi SAW sebagai panduan bukan alasan. “Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka, kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri. Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka, kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam, tetapi beragama adalah lebih baik”-(riwayat Ibnu Majah). Mudahan sahabat-sahabat saya ini mampu melahirkan mujahid-mujahidah yang ramai, menjadi sebatang pohon rimbun yang merimbuni pokok-pokok kecil di bawahnya, bersabar dengan sinaran matahari yang memancarinya terlebih dahulu dan menapis air hujan yang lebat menjadi titisan untuk dihidangkan pada tumbuhan dibawahnya. Umat yang ramai lagi bermanfaat inilah yang dibanggakan Rasulullah, bukan dengan banyaknya buih-buih pantai yang mudah musnah dengan hanya ditiup angin. “Kahwinilah wanita yang bersifat penyayang dan boleh melahirkan anak, sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan kamu yang ramai”-(riwayat An-Nasa’i). Dan saya terpaksa terus menghitung nota-nota kaki dan bibliografi ketika ramai sahabat sedang menghitung hari, tidur didampingi buku-buku hapak perpustakaan ketika sahabat yang lain selesa didampingi isteri tercinta. Manusia punyai pelbagai jalan, terpulang jalan mana yang dirasainya selesa, asalkan jalan tersebut mempunyai tanda jalan yang betul (bukan kabur-kabur, diconteng atau tiada langsung). Rezeki Allah di mana-mana selagi daun maut masih didahannya.

    4 comments:

    turquoise said...

    salam...
    mcm senasib je kite ni... situasi kita sama...saya pun;

    "saya terpaksa terus menghitung nota-nota kaki dan bibliografi ketika ramai sahabat sedang menghitung hari, tidur didampingi buku-buku hapak perpustakaan ketika sahabat yang lain selesa didampingi isteri tercinta"

    x pe la naim...perjalanan hidup ini sudah tercatat di luh mahfuz...asal masih berada di bawah lembayung islam, iman, rahmat dah inayahNya...punya rasa Allah sentiasa di sisi dan percaya Dia saja yg dapat selesaikan masalah saya...saya dah rasa teramat bersyukur...

    harap awak dapat bersabar dan dikurniakan Allah hati yg tenang...mesti awak akan dapat muslimah yang sama mantap mcm awk.. jgn risau..janji Allah itu pasti...Dia tidak akan memungkiri janji..wassalam.

    humaira said...

    salam...
    sekadar renungan je...maaf la kalu tsilap kata..memg lumrah manusia tdk tlepas dr ksilapan sama ada dsedari atau x..tp kita digalakkn spy sentiasa bermuhasabh dri sdiri ape yg kta lakukan slama ni samada dredhai oleh Allah dan dsenangi oleh org skeliling?
    ketentuan Allah Taala adlh pasti,jd jgn la kita mengeluh ke ats ape yg menimpa dri,sentiasa lh bsangka baik thadap ketentuan Allah Taala,InsyaAllah Allah memudahkan sgla urusan kita didunia ni menuju akhirat kelak..wasalam.

    Mohd Khairul Naim B Che Nordin said...

    hmm nampaknya ramai silap faham dari apa yg saya tulis ni. Inilah akibat kalo ayat terlalu byk bunga (insaf).. lain ditulis lain pula yang difahami. Lebah-lebah dlm anologi tu adalah sahabt2 sekampus saya, di antara tugas saya yg banyak antaranya ialah tolong menemukan pasangan2 yg sesuai dgn keinginan lebah2 tu. Dan maksud saya terpaksa bergelumang dgn dunia akademik bukan bermakna itulah yg hanya saya fokuskan dan ia tak bermaksud saya masih solo. Tulisan ini sekadar ingin memberitahu masing2 ada pilihan, perancangan dan fokus masing2. kita bukan qadiriyyyah mahupun jabbariyyah. ada usaha dan ada ketentuan dari Ilahi.

    jalaluddin said...

    owh..laras bahasa yang tinggi..x pe bro..teruskan lenggok bahasa ni..abaikan je pembaca2 yg tidak paham..hahaha