Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Tuesday, February 19, 2008

    50 TAHUN MEMIMPIN: Pencapaian Dan Kedudukan Ekonomi Malaysia


    Berikut ialah kupasan berkenaan konsep dan kedudukan ekonomi Malaysia yang dilaksanakan oleh BN selama 51 tahun memerintah Malaysia. Pembaca boleh mempertimbangkan dan membandingkannya dengan tawaran yang dibawa oleh PAS untuk PRU-12 dengan konsep negara berkebajikan.


    Pendahuluan

    � Malaysia merupakan antara negara membangun termaju hari ini. Banyak projek pembangunan telah dilaksanakan di negara ini dan ia telah mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak.

    � Kepesatan pembangunan yang berlaku di negara ini sebenarnya adalah ekoran perancangan menyeluruh yang telah diambil oleh pihak kerajaan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) terutamanya dalam bidang ekonomi.

    � Secara langsung, langkah kerajaan ini telah banyak menyumbang kepada kemajuan negara. Kestabilan ekonomi dan politik yang dikecapi, Malaysia kini telah menarik ramai pelabur asing untuk melabur di negara ini.

    Ekonomi Malaysia Sebelum Merdeka

    � Jika dilihat daripada perspektif sejarah Malaysia, penjajah British telah menggalakkan perkembangan masyarakat secara �plural� melalui dasar �Pecah dan Perintah�. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan, perladangan dan perdagangan.

    � Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, landasan keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan wujudnya jurang antara kaum.

    Ekonomi Malaysia Selepas Merdeka

    � Kepincangan yang wujud hasil pelaksanaan dasar �Pecah dan Perintah� adalah punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Ekoran peristiwa rusuhan kaum ini telah memaksa kerajaan merangka satu dasar yang bersepadu.

    Oleh itu, dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilaksanakan yang bertujuan membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum di negara ini.

    � Bagaimanapun, dasar ini tidak berjaya mencapai keseluruhan matlamatnya. Justeru, kerajaan terpaksa melaksanakan langkah lain yang sewajarnya bagi menjamin pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dan pada masa sama cuba mewujudkan keseimbangan antara kaum.

    Transformasi Ekonomi Malaysia

    � Pertumbuhan ekonomi yang pesat terutamanya pada akhir tahun 1980-an dan awal tahun 1990-an yang dimangkinkan dengan pertumbuhan sektor pembuatan telah menukar parameter makro ekonomi negara.

    Pertumbuhan yang pesat ini menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia telah mengalami transformasi struktur iaitu daripada bentuk ekonomi yang berasaskan pertanian kepada satu bentuk ekonomi yang pantas menuju ke taraf negara perindustrian.

    � Dalam pada itu, sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah menguncup daripada 23 peratus pada tahun 1980 kepada 8.7 peratus pada tahun 2001, dan dijangka akan terus menurun pada kadar 7.5 peratus pada tahun 2005.

    Bagaimanapun, dari segi nilai sebenar (pada harga 1978), pengeluaran sektor pertanian telah meningkat daripada RM10.2 bilion pada tahun 1980 kepada RM17.9 bilion pada tahun 2001.

    Hal ini bermakna sumbangan sektor pertanian dalam penjanaan ekonomi negara masih lagi penting, tetapi kepelbagaian sektor yang menyumbang kepada KDNK negara telah mengurangkan kebergantungan tinggi kepada pertanian.

    � Perubahan struktur ekonomi negara serta liberalisasi dan globalisasi perdagangan dunia dengan terbentuknya Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) telah mewujudkan beberapa isu dan cabaran baru serta matriks persekitaran perdagangan yang berlainan bagi sektor pertanian.

    � Di peringkat antarabangsa, sektor pertanian negara terpaksa menghadapi pelbagai isu, antaranya ialah perdagangan yang lebih terbuka, keperluan pengguna yang mengutamakan kualiti, kemajuan bioteknologi yang mempengaruhi pengeluaran dan perubahan dalam paradigma perniagaan dengan kemunculan ICT.

    � Selain itu, kerajaan juga terpaksa menghadapi pelbagai cabaran di dalam negara seperti persaingan ke atas sumber pengeluaran, cita rasa pengguna yang berubah, penerapan teknologi yang masih perlahan, persaingan bahan import yang lebih murah, isu persekitaran dan kelestarian sumber.

    Penyusunan Semula Masyarakat

    � Kemiskinan adalah salah satu masalah sosial yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan. Kadar kemiskinan ini sangat ketara terutamanya di kalangan kaum Bumiputera yang beragama Islam. Justeru, kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang perlu dalam menangani masalah ini misalnya dengan penyusunan semula masyarakat.

    � Dalam proses penyusunan semula masyarakat, kerajaan telah menjalankan langkah-langkah berikut:

    a. Menambahkan penyertaan Bumiputera dalam perniagaan dan perindustrian.

    b. Menambahkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat. Contohnya melalui Tabung Haji, PNB dan lain-lain.

    c. Membangunkan kawasan luar bandar supaya pembangunannya seiring dengan kawasan bandar.

    � Hasil daripada tindakan kerajaan ini telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 48 peratus pada tahun 1960-an kepada kira-kira 5 peratus sekarang.

    Pertumbuhan Ekonomi

    � Jika dibandingkan situasi sebelum merdeka dengan apa yang berlaku sekarang, telah banyak perubahan dalam bidang ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan. Antaranya ialah;

    a. Kerajaan tidak lagi menumpukan kepada pengeksportan barang utama dan pengimportan barang

    b. Kerajaan telah beralih daripada sektor pertanian kepada sektor perindustrian, pendidikan, teknologi petroleum dan lain-lain.

    � Langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ini telah membolehkan ekonomi negara mengalami pertumbuhan yang cukup pesat. Antara kebaikan langkah kerajaan tersebut ialah;

    a. Kadar pertumbuhan amat pesat selama satu dekad berturut-turut sehinggalah datangnya kegawatan 1997-1998.

    b. KDNK telah bertambah daripada RM80 bilion pada 1990 kepada kira-kira RM210 bilion pada 2000.

    c. Pendapatan purata per kapita meningkat daripada RM6,099 pada 1990 kepada RM14,788 pada 2000.

    Peningkatan Daya Saing

    � Kestabilan ekonomi yang berlaku di negara ini telah menghasilkan peningkatan daya saing dalam negara. Antara kelebihan peningkatan daya saing tersebut ialah:

    a. Melahirkan tenaga kerja mahir.

    b. Mewujudkan sistem kewangan yang kukuh.

    c. Mewujudkan kemudahan infrastuktur yang lebih baik.

    d. Menghasilkan dasar dan peraturan yang menyokong.

    e. Memperkuat rangkaian pasaran ekonomi dunia.

    Pembangunan Sumber Manusia

    � Dalam proses memajukan negara, kerajaan menyedari bahawa pembangunan sumber manusia adalah penting. Justeru, kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang perlu dalam pembangunan sumber manusia. Antaranya ialah:

    a. Menambahkan institusi pendidikan di semua peringkat.

    b. Menggalakkan penubuhan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

    c. Mewujudkan lebih banyak program serta latihan berbentuk kemahiran.

    d. Memperkenalkan corak pendidikan bestari.

    Peningkatan Kualiti Hidup

    � Kepesatan pembangunan ekonomi negara turut menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup rakyat.

    � Sememangnya terbukti bahawa Malaysia telah mengalami peningkatan taraf dari segi kesihatan, pendidikan, perumahan dan infrastruktur.

    Pembangunan Teknologi

    � Sememangnya kemajuan bagi sesebuah negara adalah dinilai daripada kemajuan sains dan teknologinya. Dalam hal ini. Malaysia tidak terlepas daripada memajukan perkembangan sains dan teknologi.

    � Kerajaan menganggap bahawa sains dan teknologi adalah asas kepada pembangunan negara.

    Justeru, kerajaan telah memberi dorongan yang sewajarnya kepada penyelidikan dan pembangunan dalam bidang tersebut antaranya ialah dengan memberi insentif fiskal (cukai).

    � Dalam bidang ICT misalnya kerajaan telah membangunkan prasarana-prasarana berikut:

    a. Mewujudkan Koridor Raya Multi Media (MSC).

    b. Menyediakan latihan berbentuk Teknologi Maklumat (IT).

    c. Menggalakkan program berbentuk celik IT.

    d. Mewujudkan Sekolah Bestari.

    Perindustrian Masa Depan

    � Meningkatkan industri barang utama.

    � Meningkatkan industri pembuatan ringan (tekstil, elektronik).

    � Meningkatkan industri berat.

    � Meningkatkan industri perkhidmatan terutama ICT.

    Pentadbiran dan Pembangunan Mapan

    � Mewujudkan kerajaan elektronik di Malaysia.

    � Memajukan konsep Pensyarikatan Malaysia.

    � Meletakkan asas yang sihat bagi mencapai pembangunan yang saksama.

    � Menentukan kesejahteraan generasi akan datang tidak tergugat.

    � Memberi penekanan kepada pembangunan persekitaran.

    Langkah Kerajaan Mengekalkan Kestabilan Ekonomi Makro

    � Kerajaan telah mengambil beberapa langkah dalam memastikan kestabilan ekonomi makro iaitu;

    a. Memastikan kadar pertumbuhan yang tinggi dicapai.

    b. Mewujudkan suasana kewangan yang menyokong perkembangan ekonomi di samping mengelakkan inflasi yang tinggi.

    c. Menggalakkan tabungan untuk menampung pelaburan.

    � Kestabilan ekonomi makro secara langsung telah membantu mengukuhkan kedudukan ekonomi negara. Berikut adalah kelebihan yang diperolehi hasil daripada langkah kerajaan ini. Antaranya ialah;

    a. Kerajaan mampu mengangani krisis kegawatan ekonomi yang melanda negara pada 1997 tanpa bantuan asing.

    b. Kerajaan menetapkan kadar pertukaran US1.00 kepada RM3.80

    c. Kerajaan menubuhkan Danamodal (untuk menyuntik modal ke dalam bank-bank) dan Danaharta (untuk memberi hutang-hutang lapuk daripada bank).

    Kesimpulan

    � Semenjak merdeka kerajaan telah berusaha dengan pelbagai dasar, langkah dan program bagi menjamin kestabilan ekonomi Malaysia termasuklah melaksanakan DEB, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP).

    � Sememangnya langkah ini menunjukkan kerajaan BN sangat komited dan bersungguh-sungguh dalam membangunkan sektor ekonomi di negara ini iaitu bagi menjamin kemajuan yang berterusan untuk faedah rakyat.


    Di sini saya paparkan tawaran PAS untuk PRU-12 untuk sama-sama kita teliti dan fikirkan.



    TAWARAN PAS UNTUK PRU12

    Oleh: Pusat Penyelidikan PAS

    Negara sekali lagi di ambang pilihan raya umum ke-12. Pilihan raya adalah antara ciri dan amalan penting dalam sebuah demokrasi, namun demokrasi bukahlah hanya pilihan raya. Sebuah kerajaan demokrasi ialah sebuah ’Kerajaan Rakyat’. Sebuah kerajaan demokratik yang berperlembagaan dan berdaulat, mendukungi keluhuran undang-undang. Ia mengurus tadbir pemerintahan dengan mengadakan sistem pilihan raya yang berkala, sebagai kaedah utama yang memberikan mandat dan kuasa kepada kerajaan yang dipilih rakyat.

    Sesungguhnya pengundi dan rakyatlah sebenarnya majikan dan tuan yang menentukan kerajaan. Maka dalam amalan demokrasi yang sihat dan matang, apabila sebuah kerajaan yang dipilih gagal memenuhi kehendak rakyat yang mahukan kesejahteraan, pembangunan, keadilan serta kualiti hidup yang baik, pengundi boleh bertindak menukar dan merubah kerajaan.

    Sementara itu parti pembangkang sama ada di Parlimen mahupun di Dun, dikehendaki rakyat untuk memainkan peranan ’menyemak-imbang’ segala polisi dan perlaksanaan parti pemerintah. Unsur ’semak-imbang’ ini begitu penting dalam pentadbiran sesebuah kerajaan sehinggakan Allah s.w.t. menjadikan ia satu amalan penting bagi mengelakkan kehancuran seluruh alam ini dan institusi-institusi penting agama.

    ”Kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang kezaliman setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat ibadat serta gereja, biara dan masjid-masjid, yang dalamnya sentiasa disebut nama Allah sebanyak-sebanyaknya.” (maksud al-Hajj: 40)
    ”Kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang kezaliman setengah yang lain, maka hancurlah seluruh muka alam ini ....” (maksud al-Ayat)


    Dalam amalan demokrasi yang sihat dan berfungsi, pengundi berkuasa, selaku 'tuan dan majikan’, boleh menurun atau menaikkan mana-mana parti pemerintah. Di sisi Islam pula kekuasaan yang ada di tangan orang-orang beriman itu perlu diingatkan adalah sebagai amanah yang akan dipertanggungjawabkan Allah s.w.t. Pengundi juga berkuasa memenangkan atau menolak mana-mana calon yang bertanding dalam pilihan raya umum atau kecil. Bagi memenuhi cita-cita demokrasi ini, pengundi memerlukan sebuah sistem dan proses pilihan raya yang bebas, adil dan bersih.


    Malangnya demokrasi di negara ini tidak dapat dianggap demokrasi sebenar. Ini bukan sahaja pendirian golongan parti pembangkang. Para sarjana sains politik menamakan jenis demokrasi seperti di Malaysia sebagai "Quasi-Democracy” or "Pseudo-Democracy” atau "Separa Demokrasi" atau "Demokrasi Palsu” (William Case 2004, Zakaria Ahmad 1989) atas sebab pelbagai amalan undang-undang zalim yang terus berkuatkuasa sementara mengadakan pilihan raya berkala dan meraikan institusi-institusi demokrasi yang tidak berfungsi sepenuhnya.


    Bagi membolehkan pengundi memainkan peranan sebagai majikan dan tuan, maka capaian mereka kepada maklumat adalah penentu dan kayu ukur utama sama ada demokrasi itu tulen atau palsu. Menyuruh rakyat menjadi pengundi sementara mereka dinafikan mendapat maklumat lantas tidak mampu membuat pemilihan berdasarkan pengetahuan, adalah kecurangan dan kepincangan paling besar dalam amalan demokrasi di negara ini. Sebaliknya apabila rakyat keluar mengundi dan memilih sebuah kerajaan yang mereka kehendaki berdasarkan maklumat dan pengetahuan yang terdedah kepada mereka, maka itulah maksud sebenar "Kerajaan Rakyat” yang dipilih dan disokong rakyat berdasarkan maklumat dan pengetahuan.


    Menjelang pilihan raya ke-12 ini, negara terus berada dalam suasana yang mengkhuatirkan, mencemaskan bahkan menakutkan. Negara terus dicengkam krisis yang tidak berkesudahan dan diancam kemelut yang berpanjangan. Mengapakah keadaan ini berterusan berlaku? Apakah yang dikhuatirkan? Mengapa suasana kini mencemaskan? Dan apa pula yang menakutkan rakyat?

    Disebabkan sukar untuk mendapat capaian media arus perdana bagi menyampaikan dan menerangkan kepada rakyat tentang hasrat parti Islam ini, maka PAS akan menggunakan segala media perhubungan termasuk cetak elektronik serta blog-maya, di samping komunikasi tradisi secara langsung sama ada inter-personal mahupun ceramah.


    Penulisan ini cuba mengungkapkan tawaran politik PAS sebelum pembentangan Manifesto PAS dibuat secara rasminya menjelang pilihan raya ke-12 akan datang. Tentunya penyelesaian dan polisi yang dicadangkan oleh parti ini akan bermula dengan pembentangan analisis serta pengenalpastian masalah secara ringkas dan punca-punca utama yang mencetuskannya. Tahap masalah dalam beberapa isu yang menggugat rakyat telah sampai ke peringkat krisis yang parah dan membarah.


    Menyedari serta menginsafi kependudukan (demografi) negara ini yang unik dan bersifat majmuk atau plural, sama ada pelbagai bangsa, bahasa dan budaya, adalah mustahak untuk sebuah gerakan Islam yang komited dengan pendekatan demokrasi sebagai jalan sah untuk memperjuangkan cita-cita politiknya, maka PAS wajar meletakkan semua ini dalam kerangka dan tuntutan demokrasi, meskipun sistem dan demokrasi itu tempang.

    PAS tegaskan bahawa penulisan ini akan mengambil pendekatan yang menekankan aspek prinsip penghayatan Islam (pendekatan substantif) lebih daripada menekankan istilah atau slogan atau rupa bentuk sahaja (pendekatan formatif). Ini sesuai dengan penegasan satu kaedah Usul Fiqh: Al-Ibrah bil Musamma wa Laisa bil Isim (Pengajaran itu dinilai dari intipati serta hakikatnya bukan dari nama serta rupanya).


    Kebijaksanaan ini semakin lebih menekan ke atas gerakan Islam dan parti Islam yang terpaksa mendepani realiti politik serta bertarung dalam gelanggang persaingan yang bukan sahaja untuk memenangi hati budi orang Islam bahkan pengundi dan rakyat bukan Islam. Analisis serta kupasan masalah adalah berpandukan kajian serta pengamatan dan dapatan penyelidikan yang dijalankan sepanjang tahun. Letak kedudukan kepentingan setiap isu di sisi tanggapan atau persepsi pelbagai segmen rakyat dan kelompok pengundi juga telah dikenal pasti hasil dari kajian.


    Penyelesaian dan tawaran dibuat dalam beberapa ‘teras penting’ dalam rangka penyelesaian menyeluruh bagi mengeluarkan negara dari kemelut dan krisis ini. Ia bersabitan antara lainnya, aspek kepimpinan dan pemerintahan, dasar perpaduan negara, reformasi institusi serta sistem demokrasi, pengurusan ekonomi dan kekayaan negara, pembenterasan jenayah serta keselamatan nyawa, kehormatan dan harta, pemerkasaan pendidikan serta penyelididkan dan pembangunan, kebajikan pekerja awam dan swasta, penjaminan perkhidmatan kesihatan, pembelaan kebajikan menyeluruh rakyat, pembelaan dan pemerkasaan wanita, pembangunan pertanian sebagai industri pemelihara keselamatan negara, dan lain-lain.

    Penulisan ini secara ringkas akan mengupas permasalahan pertama dan utama, dan seterusnya mengutarakan dasar dan polisi dalam rangka membaikpulih dan mengatasi permasalahan tersebut.


    Tegasnya, keseluruhan permasalahan yang mendepani negara menggugat keutuhan dan kesejahteraan rakyat serta daya saing negara ini, berpunca dari ibu segala sumber masalah, yakni kegagalan kepimpinan tertinggi politik pemerintah, yang setelah membuat dan menabur janji, bahkan menang besar atas harapan janji memerangi rasuah, lalu memungkiri dan membelakangi janji tersebut, lalu sehingga kini, terbala bukan sahaja atas diri mereka bahkan ke atas seluruh rakyat di negara ini.

    Maka menyedari segala kepincangan pemerintahan yang ada kini, khususnya amalan rasuah yang semakin parah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa yang menjejaskan integriti dan kewibawaan institusi-institusi penting dalam kerajaan, maka PAS bakal menawarkan sebuah Kerajaan Bersih dan Berkebajikan serta Pemimpin Beramanah, yang antara lainnya akan:

    • Menginstitusikan dan memperkasakan amalan pemisahan kuasa Legislatif, Kehakiman dan Eksekutif, supaya amalan demokrasi berfungsi dan berkesan serta tidak dicerobohi serta dipintas oleh pihak Eksekutif. Ini dapat disaksikan secara jelas dalam amalan pemerintahan yang ada apabila institusi seperti Kehakiman dan badan-badan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen untuk menjalankan tugas-tugas penting dalam amalan demokrasi seperti SPR, Suhakam, Badan Pencegah Rasuah, Ketua Audit Negara kerap dihalang daripada menjalankan tugasan mereka.


    • Menegaskan penghayatan Islam sebagai ad-Deen bagi umat Islam di negara ini. Menjamin perlaksanaan peruntukan-peruntukan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


    • Memperkasa dan memperkukuh agensi-agensi ‘watchdog’ atau ’pemantau’ seperti BPR, Ketua Audit Negara, Suhakam, SPR dan lain-lain, dengan sumber dan mandat supaya tidak terbelenggu kepada mana-mana pihak dan terus bertanggungjawab kepada Parlimen.


    • Melindungi kedudukan pelapor atau 'whistleblowers' dengan jaminan kerahsian demi mempertahankan kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.


    • Meminda dan/atau menghapuskan akta-akta zalim yang menyekat hak dan kebebasan rakyat seperti ISA, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Polis, Akta Percetakan dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti.


    • Menjamin sistem pilihan raya yang bebas, adil dan bersih dengan reformasi sistem pilihan raya secara menyeluruh seperti yang dituntut Bersih.


    • Meningkat amalan dan urus-tadbir kerajaan dengan berpandukan amalan terbaik (best practice) dalam jabatan awam, agensi serta syarikat yang berkaitan kerajaan supaya menjauhi rasuah dan ketirisan dalam sistem penghantaraan awam khususnya dalam pembekalan awam (public procurement) projek mega-mewah melalui tender terbuka dengan penubuhan Badan Tender Bebas di bawah kuasa Parlimen.


    • Menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman di bawah Parlimen yang bertanggungjawab melantik hakim-hakim berdasarkan merit dan integriti serta menambah baik pengurusan bagi meningkatkan kewibawaan institusi Kehakiman dengan menguatkuasakan etika kehakiman yang saksama.

    Untuk sektor ekonomi:

    Meletakkan Petronas di bawah seliaan Parlimen dan bukan lagi di bawah Perdana Menteri. Umum perlu tahu bahawa ketelusan seperti ini dijalankan di negara Eropah seperti di Norway, terhadap syarikat minyak nasionalnya Statoil.


    Menumpukan kekayaan hasil minyak akan diutamakan untuk pembangunan pendidikan serta pembangunan R & D termasuk sumber tenaga alternatif untuk menggantikan sumber kekayaan ini apabila minyak sudah habis suatu masa nanti.


    Merapatkan jurang agihan kekayaan antara kaya-miskin dalam kaum dan antara kaum dengan menekankan aspek pendidikan dan peningkatn sember pendapatan bagi meningkatkan jumlah pendapatan dan keupayaan keluar dari garis kemiskinan serta meningkat mobiliti sosial mereka.

    Menekankan program pembasmian kemiskinan mengikut "keperluan" dikalangan golongan miskin dan berpendapatan rendah tanpa mengira ras atau kaum.


    Melebarkan golongan kelas menengah dalam semua kaum bagimemperkukuhkan ekonomidengan meningkatkan kuasa beli serta perbelanjaan (juga pelaburan) domestik dan kestabilan perhubungan kaum.


    Pertumbuhan munasabah dalam sektor yang menjana pekerjaan samada disektor awam mahupun swasta serta mengelakkan pelaburan ratusan billion ringgit dalam projek infrastruktur, pembinaan dan mega-mewah yang banyak menggunakan tenaga asing tanpa faedah yang menjana kesan berganda bagi memangkin pertumbuhan yang lestari atau berterusan.


    Untuk sektor pertanian:

    Mewujudkan dasar pertanian sebagai industri yang menjamin Dasar Makanan yang memelihara "kemerdekaan dan keselamatan negara" supaya tidak terdedah dan terjejas kepada manipulasi kuasa dunia dan konglomerat besar antarabangsa


    Menolak sebarang bentuk Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang mengancam pelbagai industri khususnya pertanian dan pelbagai urus-tadbir pemerintahan dalam negara

    Menamatkan pemberian Permit Import(AP) bagi barangan makanan utama seperti gandum, gula dan beras supaya tidak berlaku Monopoli dan Pakatan (Cartels) yang mencekik pengguna dengan pelbagai kaedah manipulasi seperti penyorokan, pengedaran, pengangkutan kepada peruncit bagi mengawal inflasi.


    Meningkatkan kualiti hidup nelayan pantai dengan menyediakan perumahan tersusun serta mewujudkan peluang-peluang baru pekerjaan di dalam kegiatan ekonomi berasaskan perikanan tajaan kerajaan atau Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) agar setiap keluarga nelayan mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM1200 sebulan.


    Menawarkan peluang menjadi peserta Felda bagi generasi kedua felda dan mana-mana rakyat yang memerlukan ladang-ladang yang diusahakan oleh Felda Plantations atau dengan membuka tanah-tanah baru.


    Membenarkan peserta Felda untuk berdikari dalam pengurusan ladang milik mereka kearah menjana pulangan pendapatan maksima kepada mereka.

    Untuk sektor pendidikan:

    Pendidikan menyeluruh pemacu perubahan yang antara lainnya akan:

    Penegasan tonggak akhlak dan moral para pelajar sebagai teras pembinaan sahsiah pelajar

    Melindungi "Pendemokrasian Pendidikan" dengan kewujudan pilihan sekolah--sekolah termasuk Pendidikan Islam (SAR), serta bahasa ibunda (cina dan Tamil). Mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda masing-masing. Memberi sejumlah peruntukan kepada SAR dan sekolah swasta jenis Cina berdasarkan jumlah pelajar

    Peluang kepada pelajar-pelajar dari sekolah agama rakyat untuk memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh

    Memberi peruntukan khas bagi PIBG kepasa sekolah-sekolah luar bandar bagi membantu kegiatan meningkatkan pencapaian akademik

    Memberi autonomi kepada sekolah untuk mengawal dan mengurus disiplin para pelajar

    Meningkatkan bantuan perbelanjaan per kapita mengikut penilaian Indeks Harga Pengguna (CPI) kepada sektor pendidikan termasuk kos-kos buku kerja


    Menghapuskan semua yuran sampingan persekolahan seperti yuran PIBG dan kokurikulum

    Penekanan kepada sistem pendidikan berteraskan "berfikir" - "thinking-based education" dan bukan "berteraskan-peperiksaan" (exam-based education)

    Memperkasakan pendemokrasian pendidikan dengan penetapan subjek "teras" seperti sejarah, budaya, agama dan moral, bagi menjayakan misi perpaduan nasional melalui pendidikan

    Menekankan tumpuan selain akademik bagi lepasan sekolah bagi meningkatkan aspek latihan berteraskan ketrampilan atau bagi melebarkan peluang pekerjaan dan guna tenaga secara penuh dan meyeluruh


    Memperkasa IPT dan memacu penjelmaan institusi pendidikan berprestasi tinggi:

    Menjana iklim akademik di menara gading bagi menghasilkan ciri-ciri graduan: berdaya saing dan berdikari (competitively enterprising), bermoral-bersahsiah mulia (morally-spiritual vibrant) dan berintelek tinggi (intelectually superior)

    Memansuhkan beberapa Peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang mengongkong hak dan kebebasan mahasiswa dan tenaga akademik

    Menjana institusi pendidikan berprestasi tinggi dengan penambahan peruntukan R&D yang setara dengan dunia maju (yakni 2-3 peratus dari belanjawan)


    Menghapuskira semua pinjaman tertunggak PTPTN

    Mengembalikan peluang mendapat tempat pendidikan tinggi secara pembiayaan penuh kerajaan

    Mengembalikan semula pemberian biasiswa sebagaimana uang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan

    Monday, February 18, 2008


    Melihat kepada paparan media arus perdana, Malaysia digambarkan sebagai sebuah negara yang sangat harmoni, pesat membangun, selesa didiami dan sebagainya. Adakah itu satu kenyataan atau sekadar berita yang indah khabar dari rupa? Dalam banyak hal mungkin Malaysia sudah mengecapi pelbagai kejayaan namun dalam hal yang lain pula masih terdapat banyak kepincangan yang perlu diperbaiki. Persoalan inilah yang perlu sentiasa difikirkan dalam minda semua rakyat Malaysia yang bakal melaksanakan tanggungjawab mereka dalam PRU pada tanggal 8 Mac ini. Adakah mereka perlu mengubah apa yang ada sekarang atau mengekalkannya?? Antara kejayaan yang dicapai hasil liputan meluas media ialah: pengiktirafan para ulama’ dunia berkenaan konsep Islam Hadhari, prestasi ekonomi negara yang ‘baik’: kedudukan kelapan dari segi daya saing, KDNK yang meningkat kepada RM 504 bilion, modal pasaran saham yang melonjak kepada RM1.1 trilion, rizab kerajaan meningkat AS$101 bilion, kemampuan mengekalkan keharmonian dalam suasana masyarakat majmuk dan banyak lagi. Persoalannya adakah rakyat khususnya rakyat terbawah merasai kenikmatan kemajuan dan perkembangan pesat ekonomi tersebut? Di sini dipaparkan bebanan dan ujian yang terpaksa dihadapi oleh rakyat atas dasar penswastaan yang dibawa, dasar ekonomi terbuka, konsep pembangunan modal insan yang tidak dijalankan secara beriringan tetapi diasaskan atas konsep dikotomi dan campur tangan secara berleluasa oleh eksekutif dalam sistem kehakiman.


    Isu keselamatan:

    Daripada kajian yang telah dibuat dari tahun 2003-2006, kes jenayah telah melonjak sebanyak 45.1%. Pada tahun 2003 kes yang dicatatkan ialah sebanyak 156,315 kes tetapi ia melonjak naik kepada 226,836 kes jenayah.

    Jenayah rogol turut meningkat sebanyak 100%. Pada tahun 2003, empat orang wanita dirogol setiap hari dan pada tahun 2006 dicatatkan 8.5 orang wanita dirogol setiap hari di Malaysia.

    Isu ekonomi:

    1 Jun 2006 – Rakyat dibebankan lagi sekali dengan kenaikan tarif elektrik sehingga 12 % dan bakal mengundang kepada inflasi.

    TNB menerima kelulusan kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik sebanyak 12% pada bulan Jun lalu, untuk membolehkan syarikat utiliti negara itu mengurangkan beban hutang sebanyak RM28.8 bilion serta menampung dana menaik taraf garisan tenaga.

    Sunday Star (4 Nov, 2007) melaporkan bahawa purata CPI (indeks harga pengguna) melonjak ke paras 20%. Dalam 4 bulan lalu sahaja – 10% contohnya:

    • Beras – (5-8%)

    • Sos cili – (5-10%)

    • Beehon – (5-10%)

    • Biskut – (10-15%)

    • Minuman chokolat malt – (10-18%)

    • Susu UHT (10-15%)

    • Susu tepung - (10-20%).

    • Roti telah naik sebanyak 20 -30 sen sebuku.

    • Tol ( cth Damansara – Puchong Expressway ) RM 1 ke RM 1.60

    Pendidikan percuma yang tidak ‘FREE’


    Sekolah Menengah

    Sekolah Rendah

    Jenis bayaran

    Pakej A

    Pakej B

    Pakej C

    Pakej A

    Pakej B

    Pakej C

    Yuran sekolah

    Percuma

    Percuma

    Percuma

    Percuma

    Percuma

    Percuma

    Kokurikulum

    RM 10.00

    RM 8.00

    RM 6.00

    RM 5.00

    RM 3.00

    RM 2.00

    Kertas Ujian

    RM 20.00

    RM 15.00

    RM 10.00

    RM 10.00

    RM 8.00

    RM 6.00

    Sukan Tahunan Sekolah

    RM 10.00

    RM 8.00

    RM 6.00

    RM 10.00

    RM 8.00

    RM 6.00

    Kegiatan Pendidikan Islam dan Moral

    RM 10.00

    RM 8.00

    RM 6.00

    RM 8.00

    RM 8.00

    RM 6.00

    Insurans Skim Perlindungan Diri

    RM 1.50

    RM 1.50

    RM 1.50

    RM 1.50

    RM 1.50

    RM 1.50

    MSSM

    RM 4.00

    RM 4.00

    RM 4.00

    RM 2.00

    RM 2.00

    RM 2.00

    JUMLAH

    RM 55.50

    RM 44.50

    RM 33.50

    RM 38.50

    RM 30.50

    RM 23.50

    Rasuah & Penyelewengan Kuasa

    • Isu ‘politik wang’ Isa Samad dan 50 pemimpin Bahagian dan Cawangan
    • Ahli Majlis Perbandaran Klang – Zakaria Deros (Istana, curi pasir etc)
    • Ahli Parlimen Jasin – Mohd Said Yusof (‘tutup sebelah mata’)
    • Timb. Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian - Muhammad Abdul Ghani (‘AP scam’)
    • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusoff sedang disiasat berhubung dakwaan memiliki harta bernilai RM27 juta. (Bernama, November 01, 2007 )
    • Kes Rasuah Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR),
      Datuk Seri Zulkipli Mat Noor.

    Kronisme:

    1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS - RM 1,550.000.00

    2. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS - RM 8,390,000.00

    3. Kompleks Brickendonbury di London - RM 70,000,000.00

    4. Kos memperbaiki MRR 2 - RM 70,000,000.00

    5. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade - RM 120,000,000.00

    6. Pembelian jet baru Abdullah - RM200,000,000.00

    7. Hutang tertunggak dari InventQjaya 228,000,000.00

    8. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembinaan jambatan bengkok - RM 257,000,000.00

    9. Kerugian pembelian saham Agusta - RM 510,000,000.00

    10. Kos AP anugerah Rafidah @ 30,000 x 1,800,000 - tidak terhitung

    11. Pembelian 3 buah submarine - RM 4,100,000,000.00

    12. Skandal PKFZ - RM 4,600,000,000.00

    13. Skandal OPV (NDSB) - RM 6,750,000,000.00

    [JUMLAH RM 17,142,940,000.00]

    Gejala sosial & masalah generasi muda

    • 25-30% pelajar sekolah menengah mengaku telah melakukan hubungan seks sejak masuk sekolah menengah.
    • 60-70% pelajar sekolah rendah berumur 9-12 tahun mengetahui mengenai seks dan berminat untuk mengetahuinya. [ survey PERKID]
    • Dari 5049 orang sampel yang disurvey 20.35% wanita dan 21.42% lelaki telah mengadakan hubungan seks antara umur 13-17 tahun. 4 wanita dan 51 lelaki hilang dara sebelum umur 13 tahun. [Durex Global Sex Survey]
    • Terdapat 142,000 pelacur wanita di Malaysia, 8000-10 000 di Kuala Lumpur. Malaysia merupakan destinasi pelancongan pelacuran (sex tourism). [CATW]

    Ini semua merupakan sekelumit kecil fakta yang didedahkan yang merangkumi banyak lagi isu-isu yang mungkin tidak diketahui oleh ramai penduduk Malaysia. Ia mungkin sudah dipaparkan tetapi ini adalah salah satu sumbangan bagi rakyat Malaysia memikirkan dengan teliti adakah kerajaan sekarang masih relevan untuk dipertahankan ataupun tidak..Media arus perdana tidak akan memaparkan apa jua keburukan yang boleh menjejaskan imej kerajaan namun walaupun cuba ditutup dengan apa cara sekalipun, bangkai busuk akan tetap dapat dihidu.sharlinie

    MAHASISWA & MASA DEPAN NEGARA


    Oleh: Mohd Hasrul Bin Shuhari [Penerbitan & Penyelidikan PMIUM]

    Mahasiswa merupakan golongan yang penting diwujudkan dalam sistem pendidikan tinggi negara. Golongan ini berada di menara gading seluruh negara mempelajari setiap ilmu dan pengalaman berguna seterusnya mempunyai tanggungjawab besar dalam pembangunan dan kemajuan negara tercinta. Bagi melahirkan mahasiswa yang benar-benar boleh diharapkan, potensi besar yang sedang berkobar-kobar dan dalam proses untuk membara tidak wajar disekat dan dimandulkan. Mereka perlu disokong untuk meneruskan pergerakan mereka. Disokong dan direstui bukanlah bermakna disuap dan di'tatih' seperti bayi kecil dan budak sekolah. Mereka berada dalam konteks berbeza yang memerlukan pendekatan berbeza.

    Kalau ditinjau sejarah mahasiswa dahulu, didapati pergerakan mereka hidup, pemikiran mereka matang, matlamat jelas dan tindak balas mereka pantas serta tahap kepedulian mereka amat tinggi. Melalui ruangan ini, sejarah membuktikan nostalgia tersebut. Sejarah perlu diulang semula dalam konteks kekuatan dan kehebatan pergerakan dan idealisme mereka. Sekiranya kita mengkaji perjuangan mahasiswa seluruh dunia, kita akan menyaksikan mereka terlibat dalam mendaulatkan keadilan di negara masing-masing. Di Afghanistan, Ahmad Niazi telah memimpin Juanan Muslim (kemudian dikenali sebagai Jamiyyah al-Islamiyyah) pada tahun 1972. Di Iran, Mahmood Ahmadinejad, mahasiswa Islam University Sains Dan Teknologi Iran (IUST) adalah antara pemimpin gerakan mahasiswa yang terkenal sebagai ‘nadi utama’ Pasukan Keselamatan Revolusi Iran (Sepah-e Pandaran-e Enghelab-e Islami) pada tahun 1976.

    Di India, Mohammad Ahmadullah Siddiqi telah menubuhkan Student Islamic Movement of India (SIMI) pada April 1977 demi menangani liberasime dalam masyarakat India. Di Mesir, beberapa mahasiswa Melayu-Islam seperti Tuan Ahmad Ata’ullah Suhaimi, Tn. Hj Muhammad Fadhullah Suhaimi (tokoh Ulama’ Melayu Nusantara), Sheikh Salleh Masri, Idris Marbawi, Muhammad Nasir (tokoh MASYUMI) dan sebagainya adalah antara tokoh mahasiswa pada peringkat awal sehingga tertubuhnya Persatuan Kebajikan Anak-Anak Jawa pada tahun 1918, kemudiannya Pertubuhan Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) pada tahun1930 (kini dikenali sebagai Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir – PMRAM, 1972).

    Di Malaysia, mahasiswa beridealisme dapat dikesan wujud sejak sebelum merdeka lagi. Madrasah Gunung Semanggol dan Maktab Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Perguruan Sultan Idris – UPSI) merupakan antara pentas awal aktivisme mahasiswa. Bahkan, penubuhan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) pada tahun 1956 lebih dianggap antara titik perkembangan bagi kemunculan pergerakan mahasiswa di Malaysia. PMI menjadi salah satu pertubuhan yang cuba memberi kesedaran Islam (faham Islam) kepada masyarakat kampus dan luar kampus di bawah pengasasnya iaitu Syed Muhammad al-Naquib bin Ali bin Abdullah bin Muhsin al Attas.

    Tahap perkembangan kesedaran di kalangan mahasiswa ini menyebabkan mereka ini dikenali sebagai kelompok yang sangat aktif dan bertanggungjawab dalam pelbagai perkara. Sikap kritis mahasiswa apabila dikaitkan dalam dunia kampus tidak akan lari dari sudut suka bertanya, suka mempersoalkan, suka mencabar dan dicabar, suka menampilkan idealisme berbeza dalam ruang terkawal tapi tidak terkonkong. Mereka tidak akan lari dari realiti yang membina jati diri mereka sebelum melangkah ke alam yang lebih nyata dan mencabar. Berdasarkan situasi pemilihan pemimpin, mahasiswa bukanlah budak sekolah rendah yang hanya memilih tanpa mengambil kira latar belakang pemimpin tersebut. Adalah tidak munasabah sekiranya mahasiswa rela dipimpin oleh golongan yang tidak pandai meminpin dan mengurus segala perihal kemahasiswaan. Jika tidak pandai mengurus mahasiswa, maka bagaimana dapat mengurus masyarakat? Realiti kini sudah timbul fenomena yang cuba memadamkan tradisi ini.

    Tidak wajar melabelkan mahasiswa sebagai pro pembangkang (Pro Mahasiswa) dan pro kerajaan (Aspirasi) sehingga meletakkan di minda mahasiswa secara paksa elemen-elemen yang kontradik dan salah. Mahasiswa berperanan menjadi pembantu pihak atasan dan sesama mahasiswa lain. Isu yang dibangkitkan seperti Stupid Debate, PTPTN, peranan sebenar MPP, memorandum minta penjelasan kenaikan yuran kolej kediaman, penerapan aplikasi dakwah dan cegah maksiat di kampus dan sebagainya adalah tidak lebih daripada kesedaran untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa. Ia juga sebagai tindak balas positif mahasiswa untuk mengubah sesuatu yang perlu diubah di samping menjadi bukti bahawa mahasiswa bukanlah golongan yang mementingkan diri dan bersikap individualistik. Sikap mahasiswa yang poaktif ini tidak wajar dituduh sebagai pembangkang, bahkan sikap inilah yang lebih sesuai untuk dilabelkan sebagai pro universiti dan pro kerajaan (kerajaan di sini bukan bererti pro parti yang mendominasi). Sebenarnya, golongan ini berani menyuarakan pandangan dan pendapat dengan bebas supaya idea yang terbaik dapat dilaksanakan sebagai dasar.

    Tidak wajar juga melabelkan mahasiswa tertentu dengan pro kerajaan (Aspirasi). Jika mahasiswa yang tidak berani bertindak untuk memohon penjelasan tentang yuran kolej, tidak hadir mesyuarat di peringkat wakil mahasiswa dan tidak menghiraukan masalah kadar faedah PTPTN yang membebankan mahaiswa dianggap pro kerajaan, maka ini sebenarnya memburukkan nama kerajaan secara tidak langsung. Kerajaan sudah pasti lebih cenderung kepada golongan yang lebih kritis dan berani memberi pendapat untuk kepentingan masyarakat. Kerajaan juga sudah pasti tidak akan merestui mahasiswa yang mementingkan diri dan bersikap individualistik. Bagaimana kesannya kelak sekiranya pihak negara luar mendapati kerajaan Malaysia diwariskan kepada golongan bekas mahasiswa yang suka mengampu, suka mengugut mahasiswa lain, menyekat kebebasan bersuara, akhlak yang parah dan malas memikirkan perihal mahasiswa sebaliknya suka melancong (seperti ke China) dengan peruntukan begitu besar tanpa ada imbuhan positif untuk mahasiswa lain yang pernah mengundi mereka?

    Akhirnya, menurut Erik Erikson, kegagalan dalam membina kemesraan di dalam masyarakat adalah akibat daripada ketiadaan pendapat yang berbeza. Pendapat yang diberi mahasiswa sudah pasti berbeza. Maka, suatu ruangan bebas perlu disediakan agar potensi mereka itu tidak dipersiakan dan dibazirkan. Pendapat yang berbeza ini apabila dipertemukan dalam suasana terkawal akan memberi output yang lebih kualiti. Jadi, bagi melahirkan mahasiswa yang memberi output terbaik di dalam universiti, suara mereka wajar diperdengarkan secara bebas agar idea itu dapat dikongsi tanpa sekatan dan kepentingan peribadi.

    Tuesday, February 12, 2008

    ANTARA TANGGUNGJAWAB & JASA, ANTARA KEUPAYAAN DAN ANGAN-ANGAN


    Suasana pilihanraya umum semakin hangat diperkatakan dan debaran kian dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Pak Lah dalam sidang akhbar telah mengisytiharkan pembubaran Parlimen pada 13 Februari (tarikh yang sudah diramal) selepas diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong. Teka-teki kini telah terjawab dan kita masih menunggu keputusan SPR yang akan menentukan bilakah penamaan calon dan bila pula tarikh pengundiaan. Saya terfikir mungkin tauke atau bookie judi boleh untung besar jika mereka bertaruh bilakah tarikh PRU. Tidak perlu tunggu taruhan parti apa yang bakal memerintah Malaysia kelak atau pasukan mana yang akan merangkul piala Liga Inggeris atau kuda mana yang bakal johan dalam sesuatu perlumbaan lumba kuda tetapi cukup sekadar bertaruh pada tarikh-tarikh yang menjadi ramalan akan diisytiharkan PRU. Inilah demokrasi di Malaysia. Demokrasi yang sangat pelik di dunia. Ibarat seorang kanak-kanak yang berteka-teka dalam sebuah pertandingan kuiz, begitulah juga rakyat Malaysia sekarang. Sayangnya kuiz yang disertai oleh rakyat Malaysia sekarang tidak mempunyai jawapannya kecuali di tangan Perdana Menteri.

    Apabila PRU menjelang tiba maka semua parti dari pihak kerajaan atau pembangkang berlumba-lumba memperlihatkan siapa yang lebih hebat dan bagus. Di pihak kerajaan mempertontonkan melalui media massa yang dikuasai secara meluas berkenaan pelbagai pembangunan yang telah dibawa selama ini. Pembangkang pula memperlihatkan kepada rakyat bahawa merekalah pilihan alternatif jika rakyat mahukan perubahan. Persoalan yang ingin diutarakan kepada rakyat adalah adakah mereka mampu dan mahir dalam membezakan kedua-dua gagasan yang dibawa oleh dua buah entiti yang berlainan ini.

    Parti BN memperlihatkan kepada rakyat bahawa merekalah yang telah memerdekakan Tanah Melayu, membangunkan Malaysia ke arah sebuah negara yang sedang pesat maju dan membantu setiap dari mereka yang bergelar warganegara ke arah yang lebih baik. Segala kewajiban yang dilakukan oleh kerajaan selama ini dipertontonkan menunjukkan bahawa mereka begitu banyak berjasa kepada rakyat. Jika rakyat cuba untuk menukar kerajaan maka mereka tidak akan dapat lagi mengecapi nikmat kemajuan dan kemerdekaan seperti sekarang. Maka oleh itu rakyat perlu dan tidak dapat tidak harus mengundi dan memilih parti yang sedang memerintah kerajaan sekarang. Rakyat sudah didoktrinkan bahawa BN adalah kerajaan dan kerajaan ialah BN. Mungkin kerana BN sekarang sudah memerintah Malaysia selama lebih dari 50 tahun, satu pencapaian yang sukar ditandingi oleh mana-mana parti lain di dunia. Atau mungkin juga kerana propaganda melalui media yang digunakan secara berleluasa. Tambahan pula rakyat Malaysia (bukan kesemuanya) terkenal dengan pemikiran streotaip.

    Tetapi rakyat seharusnya memahami bahawa segala pembangunan yang diberikan itu adalah satu tanggungjawab yang amat besar yang sememangnya wajib dipikul dan dilaksanakan oleh parti yang dipilih oleh kerajaan. Tidak timbul isu siapa yang paling banyak berjasa dan berbudi dan juga tidak timbul persoalan rakyat wajib untuk memilih sesuatu parti kerana merekalah yang membangunkan negara sekarang. Semua itu adalah tanggungjawab dan kewajiban yang perlu dilaksanakan sesuai dengan janji dalam manifesto yang telah dibentangkan di hadapan rakyat. Memang diakui bahawa kerajaan di bawah parti yang memerintah sekarang telah banyak membawa perubahan tetapi laungan secara berterusan bahawa itu adalah satu jasa dan budi dengan meninggalkan istilah tanggungjawab di situ adalah dilihat satu propaganda dan mainan politik bagi meraih undi secara mudah. Wakil rakyat atau YB yang dipilih ialah petugas dan pekerja kepada rakyat. Sebab itu istilah Yang Berhormat sekarang perlu ditukar kepada Yang Berkhidmat. Pemilihan mereka adalah untuk berkhidmat kepada rakyat atas dasar apa yang mereka janjikan. Slogan-slogan bahawa kerajaan telah menabur bakti kepada rakyat, parti sekarang menjamin masa depan dan sebagainya perlu diteliti oleh rakyat. Malahan tidak keterlalun diutarakan di sini bahawa kita mungkin boleh jatuh ke tahap syirik apabila mempercayai bahawa hanya kerajaan yang ada pada masa sekaranglah yang hanya boleh menentukan masa depan negara. Persoalan takdir yang terletak dalam pengetahuan Allah diketepikan demi meraih kejayaan dunia yang singkat.

    Berkaitan parti pembangkang pula mereka seharusnya membuktikan bahawa mereka mampu untuk memerintah negara ke tahap yang lebih baik dari sekarang, itupun jika mereka benar-benar ingin menjadi pemerintah. Pembangkang sekarang dilihat terus-terusan membangkang dan ini menyebabkan rakyat tidak memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada mereka sebagai sebuah pilihan alternatif bagi memerintah negara. Seandainya mereka memenangi PRU untuk kali ini sejauh mana mereka mampu mengisi kemenangan tersebut. Jika diadakan survey sekalipun masih ramai yang mahukan pembangkang sekarang hanya menjadi pembangkang yang kuat dengan seboleh-bolehnya memecahkan penguasaan dua pertiga BN. Tetapi jika dipilih sebagai kerajaan, mungkin ramai akan fikirkan terlebih dahulu. Ini adalah perkiraan dan pemikiran seorang pengundi atas pagar atau mereka yang sekadar menjadi penyokong biasa bukannya seorang ahli atau penyokong tegar yang sudah tentu memilih parti yang didokongnya.

    Sebab itu pembangkang perlu memperlihatkan kekuatan dan kemampuan mereka. Jika mereka menafikan aspek pembangunan yang dibawa, sebagai contoh gugusan koridor yang dibawa, apakah alternatif lain kepada pembangunan tersebut? Adakah ada jalan yang lebih baik dalam membangunkan negara. Sistem pendidikan dipertikaikan. Apakah gagasan yang ingin dibawa oleh pembangkang bagi menaikkan mutu sistem pendidikan yang sudah berjalan puluhan tahun dan didraf oleh tokoh-tokoh pendidik melalui kajian yang dijalankan. Mereka harus sedar bahawa pandangan hidup rakyat sekarang telah berubah menjurus kepada kemajuan dan kesenangan semata-mata. Pandangan ekonomi dilihat penting dan pembangunan material menjadi fokus majoriti rakyat. Jika mereka mampu memperlihatkan keupayaan untuk memerintah dalam ruang demokrasi dan informasi yang sempit ini maka mungkin mereka mampu jika tidak memimpin Malaysia sekalipun tetapi mampu menguasai separuh dari Parlimen Malaysia.

    Namun segalanya terletak di atas keputusan pengundi. Rakyat selaku pengundi perlu bijak dalam membuat pemilihan. Atas dasar apa mereka memangkah dan untuk apakah mereka memilih sesuatu parti.