Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Wednesday, July 8, 2009

    AKTIFKAN DIRI ANDA!


    Dalam satu uji kaji yang dilakukan di sebuah rumah orang tua di Connecticut, Amerika Syarikat menunjukkan paparan yang menarik kepada sesiapa yang aktif bergerak dan bergiat. Dalam uji kaji tersebut setiap orang diberikan pilihan untuk menjaga pokok-pokok hiasan. Hasilnya satu setengah tahun kemudian warga tua yang bertanggungjawab memelihara pokok tersebut didapati lebih ceria, cergas dan tajam berbanding sekumpulan warga tua yang tidak menyertai kajian tersebut. Selain itu lebih dari dua kali ganda dari mereka masih hidup berbanding kumpulan yang tidak menyertai.

    Pusat Pemakanan MRC Dunn satu kumpulan penyelidik dari Cambridge, England mendapati kereta, televisyen dan peranti penjimat tenaga buruh mungkin memudaratkan kesihatan manusia. Dengan teknologi tersebut aras penggunaan tenaga harian juga menurun. Kajian yang dilakukan oleh kumpulan ini mendapati lebih sepertiga orang dewasa melakukan senaman kurang dari 20 minit seminggu. Manakala kurang daripada separuh menyertai kegiatan sukan cergas. Manusia kini semakin malas berjalan dengan peningkatan penggunaan kereta yang mendadak. Menurut kumpulan ini juga televisyen merupakan antara punca yang boleh memudaratkan kesihatan. Rumusannya ramai menganggap mengambil jalan mudah, berteknologi atau memilih cara hidup senang mampu menyelesaikan permasalahan yang rumit. Walhal tanggapan yang salah ini boleh sahaja tambah merumitkan hidup kita.

    “Perjuangan memaksa kita bergerak tatkala kita cenderung berehat.

    Friday, June 19, 2009

    Akar dari Barat yang membuahkan benih di Timur




    Chandra Muzaffar ketika membahaskan berkenaan kedudukan Islam di Malaysia menegaskan kenyataan bahawa walaupun Islam menjadi agama rasmi negara namun ia bukan bererti Malaysia adalah negara Islam. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi hanya pengiktirafan taraf utamanya dalam ‘evolusi’ kenegaraan Malaysia, taraf yang kian lama ternyata umumnya melalui doa di majlis rasmi, pembinaan masjid, musabaqah al-Quran dan pengendalian naik haji ke Mekah. Ia sejajar dengan pandangan Prof. Dato’ Dr Mahmood Zuhdi yang mengatakan definisi Islam sebagai agama Persekutuan [Perkara 3(1)] agak kabur. Peruntukan tersebut dibentuk bukan dimaksudkan untuk menjadikan Tanah Melayu negara Islam tetapi mencontohi perlembagaan yang dirangka di negara umat Islam pada waktu tersebut seperti Afghanistan, Iran dan Iraq. Ia malah seperti mana Kristian yang menjadi agama rasmi di Ireland, Norway dan Denmark atau Buddha seperti di Thailand. Rumusannya peruntukan Islam sebagai agama rasmi dibentuk mengikut kerangka sebuah negara sekular.

    Sejarah pembentukan perlembagaan dikendali sepenuhnya oleh pihak British dengan penglibatan beberapa orang wakil penduduk untuk mencukupkan syarat. Bahkan di negara-negara umat Islam yang lain pun konsepnya lebih kurang sama iaitu berkesinambungan dengan apa yang diperkenalkan oleh peradaban Barat. Hal ini bukan suatu yang menghairankan kerana penjajah akan sedaya mungkin meninggalkan kesan legasi di jajahan mereka untuk terus ‘menjajah’ di era pasca-kolonial ini. Oleh itu jika ingin meneliti kenapa fenomena sekularisasi yang mengasingkan agama ini berlaku ia harus dilihat bermula dari apa yang berlaku dalam peradaban Barat. Islam selaku cara hidup yang syumul tidak mempunyai konsep ini dan bila mana berlakunya dikotomi dalam negara maka ia bukan berakar umbi dari Islam tetapi hasil apa yang dibawa dari Barat. Timbul persoalan bagaimana ini berlaku?

    Dalam sejarah Kristian Eropah kalimah sekular atau liberal dimaknakan sebagai pembebasan masyarakat dari cengkaman kekuasaan gereja yang sangat dominan pengaruhnya pada zaman pertengahan. Ia kemudiannya diglobalkan dan diimport ke negara dan agama yang lain termasuk Islam. ‘The Dark Ages’ atau ‘The Medieval Ages’ memaparkan bagaimana Gereja melalui posisinya sebagai agama-negara (state religion) berkuasa dalam bidang politik selepas kemerosotan empayar Romawi Barat. Ia menjadi sangat dominan dan mempengaruhi keseluruhan aspek kehidupan masyarakat. Paus Gregory I (the Great) merupakan tokoh awal yang membentuk kuasa ‘kepausan’ dan membentuknya menjadi sebuah organisasi yang berkuasa. Tahun-tahun ini juga memaparkan bagaimana institusi geraja berperanan sangat penting dalam menentukan pemerintah sesebuah negara dan perancangan melancarkan siri-siri peperangan salib ke dunia Islam. Hegemoni ini terus mencengkam dengan tertubuhnya insitusi yang dikenali sebagaiInquisition iaitu sebuah instrumen gereja untuk melakukan keganasan dan pengawalan kepada negara. Ketika Napolean menakluk Sepanyol pada tahun 1808 sebagai contoh, pihak tenteranya menemui bilik-bilik penyeksaan dalam gereja. Ia penuh denan tawanan dalam keadaan telanjang dan ada diantaranya gila. Kesemuanya dihukum kerana melawan Gereja atau dituduh terseleweng dari ajaran Kristian. Mereka menggunakan nama sebagai wakil Tuhan untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan sehinggalah Martin Luther melakukan pemberontakan terhadap Paus kerana menjual surat-surat pengampunan dosa. Tahun 1517 beliau menampal 95 tesis (Nite-five Theses) di pintu gerejanya di Jerman.

    Oleh itu Barat sangat trauma dengan apa yang pernah berlaku di zaman pertengahan tersebut. Istilah Renaissance atau rebirth (lahir kembali) merupakan istilah yang menunjukkan bagaimana kehidupan mereka semasa pemerintahan gereja seperti mengalami kematian. Dendam mereka terhadap penguasa gereja yang mendapat kedudukan dan hak keistimewaan memberi pengaruh besar terhadap sikap mereka kepada agama. Apabila dikatakan ‘religion’ maka akan tergambar di benak mereka tentang doktrin, ritual, sejarah yang gelap, inquisition dan penolakan kepada sains dan ilmu. Akhirnya muncullah faham sekularisme yang memisahkan agama dengan politik bagi memastikan apa yang berlaku dahulu tidak berulang kembali. Inilah apa yang cuba dilakukan kepada Islam. Agama Islam cuba ditonjolkan sepertimana yang mereka gambarkan pada Kristian sedangkan konsep serta sejarah pemerintahan dalam Islam sangat berlainan. Dan nampaknya usaha-usaha ini berjaya dan diterima ramai umat Islam. Islam hanya ‘diletakkan’ di masjid atau majlis agama dan penentuan dasar tidak mengambilkira sumber dari al-Quran. Mereka yang berpegang erat kepada Islam digelar fundamentalis, konservatif, jihadist dan sebagainya yang sebenarnya istilah itu tidak pernah wujud dalam kamus Islam tetapi muncul diistilahkan Barat apabila mereka melihat Islam mengikut kaca mata mereka. Kini ia berjangkit dan membarah di Malaysia.

    Konsep pemerintahan Islam menekankan amanah di mana manusia selaku khalifah Allah perlu melaksanakan urusan pentadbiran secara adil. Islam tiada institusi seperti gereja bahkan pembesar gereja yang berkuasa tidak boleh disamakan dengan ulama’ dalam Islam. Apabila kita bezakan ulama’ dengan ruang lingkup ilmu yang dikuasainya dengan pembesar gereja yang hanya terlibat dengan ritual di gereja itu sudah cukup membuktikan keluasan dan kesyumulan Islam. Begitu juga beza tradisi Barat yang dilihat sebagai jumud dan mundur oleh mereka dengan tradisi Islam yang dilihat Muslim sebagai zaman keemasan dan warisan keintelektualan.

    Terdapat banyak lagi faktor lain yang menjadikan Barat membenci agama dan menggantikannya dengan akal mereka sendiri. Aspek ini harus difahami oleh umat Islam bagi memastikan mereka tidak tergelincir dari pegangan yang diyakini. Ingatlah sabda Rasulullah SAW: ‘Sesungguhnya aku tinggalkan kamu (agama) dalam keadaan terang-benderang, malamnya seperti siang, tidak tergelincir darinya setelah ketiadaanku kecuali yang celaka, dan barangsiapa yang hidup daripada kamu (pada akhir zaman) maka dia akan melihat banyak perselisihan pendapat, maka hendaklah kamu mengikuti apa yang kamu ketahui dari sunnahku dan sunnah Khulafa’ ar-Rasyidun yang terbimbing… [Musnad Ahmad : al-Arbad Bin Sariyah].


    Tuesday, June 9, 2009

    Kebebasan: Di Mana Kedudukan Kita


    Waktu ini ramai membincangkan berkenaan kebebasan dan pentingnya kebebasan. Bebas memberi hak pada individu, bebas juga mengeluarkan manusia dari kejumudan, bebas membentuk manusia yang berani dan pintar. Manusia dikatakan perlu diberikan kebebasan sama ada dalam bersuara, beragama, beraktiviti atau bergerak kerja dan memberikan pandangan. Sekatan dan halangan dilihat mengundang kekolotan, keradikalan, anti demokrasi dan menyekat hak seseorang. Dunia sekarang di era kemajuan sains dan teknologi dan sekatan kepada kebebasan akan menjadikan sesebuah negara itu mundur dan terkebelakang. Banyak hujah-hujah diutarakan menjustifikasikan makna kebebasan ini, namun dalam membincangkan soal kebebasan adakah tiada had dan sempadan kepadanya sesuai dengan istilah ‘bebas’ tersebut?

    Kita biasanya lebih suka membincangkan perkara ranting apabila tercetusnya sesuatu isu tanpa melihat konsep asas yang membentuk isu-isu tersebut. Apabila timbul masalah sistem pendidikan di sekolah berbentuk ‘exam-oriented’ maka diambil keputusan untuk menghadkan subjek yang diambil pelajar SPM. Hadkanlah sehingga 4 subjek sekalipun namun ia tidak akan mampu mengubah konsep pelajar yang memfokuskan pada pelajaran jika pedagogi, persekitaran, matlamat sekolah dan kementerian pelajaran tidak diubah. Ini yang seharusnya diubah, intipati dan matlamat pendidikan perlu diperbetulkan bukan mengehadkan subjek kerana ia tetap tidak akan mengubah paradigma pelajar untuk belajar merebut ‘A’ di sekolah. Begitu juga apabila membincangkan berkenaan konsep kebebasan. Ia berakar umbi dan mempunyai konsep yang tersendiri. Dunia sekarang digelar oleh para sarjana sebagai zaman post-modernisme selepas dunia menempuhi apa yang dipanggil oleh Barat sebagai zaman klasik, pertengahan (medieval) dan moden. Pembahagian (yang seharusnya tidak boleh disamakan dengan Islam) ini bersandarkan kepada sandaran dan pendekatan yang digunakan Barat. Zaman klasik biasanya diwarnai dengan mitos dan lagenda, zaman pertengahan dikuasai oleh Gereja (bukan agama), zaman moden berpaksikan akal (reason) dan kini dikatakan berasaskan subjektivisme atau penilaian individu kepada apa sahaja perkara.

    Apa yang dipanggil subjektivisme atau penilaian bebas individu ini menolak idea ketunggalan, objektiviti, realiti dan kebenaran universal yang mutlak serta berautoriti. Dengan maksud tiada yang bersifat universal, mutlak, tidak lapuk dan tiada keputusan yang telah ditentukan oleh mana-mana pihak. Tiada makna yang betul dalam sesuatu teori atau kepercayaan kerana makna sentiasa boleh ditafsirkan. Mengambil kata-kata Martin Luther: “Every believer is a priest, every reader is an author.” Ini yang berlaku sekarang di Malaysia. Manusia bebas mengeluarkan pandangan dan membuat keputusan untuk dirinya dan perkara lain termasuk agama kerana pentafsiran seseorang adalah saling berbeza. Perbezaan ini hasil pengaruh sama ada mereka lelaki, perempuan, gay, berkulit putih, berduit, penganut Buddha dan sebagainya. Tiada autoriti atau kuasa yang berhak menentu dan mengacau cara hidup dan moral manusia. Kita manusia yang bebas. Dengan itu tiada yang berhak meletakkan sesuatu keputusan untuk orang lain kerana pandangan individu itu sendiri adalah berbeza. Tulisan dan percakapan sebagai contoh dikatakan metafora kerana semuanya boleh ditafsirkan dan pemahaman individu kepada penulisan dan percakapan itu saling berbeza. Kefahaman kita tentang sesuatu penulisan adalah berbeza dengan kefahaman penulis yang menulisnya berbalik kepada tujuan, latar peribadi dan pendidikan yang diterima. Setiap teks ada makna tersirat (the truth is what is unsaid).

    Oleh itu objektiviti, kuasa mutlak, keputusan tunggal tidak dimiliki oleh sesiapa pun kerana realiti hanyalah persepsi semata-mata berdasarkan pengalaman individu yang menanggapinya. Kedudukan Tuhan berada dalam akal minda manusia dan tiada lagi wahyu sebagai komunikasi. Dia tidak berbicara dalam bahasa universal tetapi dalam bahasa nasional. Disebabkan itu agama yang sifatnya mutlak serta memberi hukum dan keputusan adalah tertolak dan tidak terhad pada kritikan. Dengan kata lain 'Tuhan' tidak diperlukan lagi oleh manusia kerana manusia merasakan mereka 'mampu' menyelesaikan permasalahan dunia tanpa-Nya. Pandangan ini secara khususnya dikembangkan oleh Fredrich Nietzche yang mengatakan “the truth is a matter of perspective”. Baginya pandangan adalah hanya satu daripada banyak lagi pentafsiran yang mungkin termasuk pandangannya sendiri yang mana ia adalah satu interprestasi daripada banyak lagi pentafsiran. Beliau mengisytiharkan bahawa Tuhan telah mati (God is dead). Idea tentang Tuhan telah lenyap telah digantikan dengan idea sains dan teknologi dalam kehidupan manusia. Menurutnya pegangan kita yang sebenar adalah kemajuan dan perubahan sains dan teknologi. Tiada tempat untuk pegangan akidah di zaman moden ini kerana manusia sendiri dikatakan ‘membunuh’ Tuhan dengan perubahan dan optimisime yang dilakukan di dunia kini.

    Inilah yang diserapi oleh masyarakat Malaysia kini. Konsep Barat (modernisme+post-modenisme) yang di’Malaysia’kan ini mendasari beberapa perkara yang berlaku: mempertikaikan ‘campur tangan’ agama dalam kehidupan peribadi, menuntut kebebasan untuk melakukan apa sahaja, mengkritik tanpa asas berkenaan wahyu dan hadith yang bertentangan dengan gaya hidup yang dilalui, mengkaji dan mentafsir al-Quran melalui kaedah hermenuitik seperti yang dilakukan kepada Bible, menyamaratakan setiap agama, melakukan dikotomi atau pengasingan agama dengan kehidupan dan sebagainya. Mereka merangka satu sistem lain dengan merobohkan jalan metafizik atau ghaib ini, membuang doktrin atau perintah agama dan menggantikannya dengan logik akal. Apabila realiti dianggap persepsi, kebenaran hanya perspektif, makna dimatikan (dissolution of value) dan ilmu hanya naratif maka di waktu itu juga wahyu ditolak dan agama diketepikan. Mungkin mereka masih menyembah Tuhan di rumah ibadat tetapi menolak makna dan nilai agama tersebut lantas sesuai dengan kata-kata Nietzche bahawa ‘kita telah membunuh Tuhan.’

    Monday, June 1, 2009

    Ominous Declaration


    Dalam strategi perang yang diperkenalkan oleh Sun Tzu (Art of War) dua prinsip peperangan diketengahkan iaitu pertama, tidak bergantung kepada musuh yang akan datang tetapi ia bergantung kepada kesediaan kita dan kedua, tidak bergantung kepada musuh yang tidak menyerang tetapi bergantung kepada kedudukan kita yang tidak boleh diserang. Dalam soal ini nampaknya kerajaan haram Israel jauh terkehadapan. Banyak strategi-strategi yang dilakukan mereka berasaskan dua lapis tindakan iaitu secara senyap-senyap dan terang-terangan dan kedua-duanya menghasilkan impak yang besar. Selepas 61 tahun menduduki tanah Palestin warga asal hanya menduduki Tebing Barat dan Gaza manakala sebahagian besar yang lain di khemah-khemah pelarian di negara sempadan. Sumber Israel Khamis lepas melaporkan parti Yisrael Beiteinu sebuah parti ekstrimis sayap kanan membawa usul kepada Knesset untuk meluluskan rang undang-undang mengharamkan penandaan Nakba sekaligus memaksa rakyat Palestin termasuk orang-orang Arab mengiktiraf Israel sebagai sebuah “Negara Demokratik Yahudi”. Rang undang-undang yang diperkenalkan oleh Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman (lahir di Russia) itu turut mendesak orang-orang Arab untuk berikrar setia kepada Israel sebelum mereka boleh mendapatkan kad-kad pengenalan dan kewarganegaraan. Bahkan setiap yang memohon untuk menjadi warganegara Israel diwajibkan mengikuti perkhidmatan militari sebagai syarat. Knesset pada 1hb Jun menolak rang undang-undang ini namun mereka bersetuju untuk melakukan ubah suai kepada ‘perundangan Nakba’ dengan menghalang dan menyekat mana-mana institusi yang menganjur atau terlibat dengan ‘hari memperingati Nakba’. Jelas walaupun peraturan baru ini cuba memberi sedikit nafas namun sebenarnya jika organisasi atau pertubuhan dilarang siapa lagi yang akan menganjurkan hari bersejarah tersebut?

    Hari Nakba disambut oleh warga Palestin setiap 15 Mei setiap tahun memperingati penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948 di atas bumi Palestin dengan Yahudi Zionis telah bertindak kejam mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800,000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara, manakala 30,000 yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka. Nakba bermaksud malapetaka atau bencana besar. Daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 daripadanya serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin dan paling ganas di Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. ‘Ominous Declaration’ atau Pengisytiharan Celaka yang diisytiharkan oleh Arthur Balfour pada 2 November 1917 dengan menjanjikan masyarakat Israel dengan ‘tanah air’ di Palestin benar-benar membawa kecelakaan besar di rantau Timur Tengah. Strategi ini merupakan satu perancangan Israel mengambil alih sepenuhnya negara Palestin termasuk dengan memadamkan sejarah yang dahsyat tersebut. Peluasan wilayah dengan merampas ladang-ladang dan penempatan warga asal Palestin dilakukan secara tersusun. Namun Azzam Tamimi mengandaikan perluasan sempadan Israel sehingga melepasi Mesir, Lubnan, Jordan  dan Syria mungkin tidak tercapai apabila mereka sendiri meletakkan batu sempadan dengan membina tembok-tembok pemisah yang mempunyai ketinggian 8 meter dan ia masih dibina hingga kini.

    Namun dengan bantuan berterusan dari pihak luar dan negara-negara Islam turut sama ‘membantu’ maka tidak mustahil mereka berjaya menguasai bumi Palestin keseluruhannya dalam lima tahun lagi. Terbaru Perancis melanggar peraturan Kesatuan Eropah (European Union) dengan mengeksport persenjataan berharga 446 juta euro antara tahun 2003-2007 menjadikannya pembekal senjata terbesar di Eropah. (Peraturan EU menetapkan larangan penjualan senjata pada mana-mana pihak yang mampu memberi ketegangan pada mana-mana rantau dan digunakan untuk mencabuli hak asasi manusia.) Jelas strategi-strategi yang digunakan Israel sangat efisien dan berjaya. Mungkin kita boleh mengaplikasikan strategi Sun Tzu ini : When the men are united, the brave cannot advance alone, the cowardly cannot retreat alone.

    Wednesday, May 27, 2009

    A Letter Written in the Year 2070


    This is the year 2070.  I have just turned 50, but I my appearance is of somebody of 85. I suffer from serious kidney problems, because I do not drink enough water. I'm afraid I do not have much time left to live. I am one of the oldest people   in this society. I remember when I was a child of 5. Everything was very different then. There were lots of trees in the parks, houses with beautiful gardens, and I could enjoy having a shower for half an hour. Nowadays we use towels with mineral oil to clean our skin. Before,  women had beautiful hair.

    Now, we have to shave our heads to keep them clean without the use of water. Then, my father washed his car with water coming out of a hosepipe.  Now,  my son does not believe that  water could be wasted that way. I remember there were SAVE WATER warnings on outside posters, radio and TV, but nobody paid attention.  We thought that water was to last forever.

    Now, all the rivers, lakes, dams and underground water beds are either dry or contaminated. Industry came virtually to a standstill and unemployment  reached dramatic proportions. Desalination plants are the main source of employment and workers receive part of their salary in drinkable water. Assaults at gun point on the streets for a jerrycan of water are very common. Food is 80% synthetic. Before, the recommended quantity of water to drink for an adult was 8 glasses a day.

    Nowadays, I am only allowed half a glass. We now have to wear disposable clothing, and this increases the amount of litter. We are using now septic tanks, because the sewerage system does not work for lack of water. The outside appearance of the population is horrible: wrinkled, emaciated bodies, due to dehydration, full of sores caused by ultra violet radiation, now stronger without the protective shield of the ozone layer. Skin cancer, gastrointestinal infections and of the urinary tracts are the main causes of death.

    Due to the excessive drying of the skin young people of 20 look like 40. Scientists investigate, but there's no solution to the problem. Water cannot be produced, oxygen is also degraded due to the lack of trees and vegetation, and the intellectual capacity of the new generations is severely impaired. The morphology of spermatozoa in many men has changed. As a consequence, babies are born with deficiencies, mutations and physical deformities. Government makes us pay for the air we breathe, 137 m3 per day per adult person. People who cannot pay are expelled from the "ventilated zones", with huge mechanical lungs driven by solar power. The air is not of good quality, but at least people can breathe.

    The average life expectancy is 35 years. In some countries, where there are still some green zones crossed by rivers, these are guarded by heavy armed soldiers. Water became a very coveted treasure, more precious than gold and diamonds. Where I live, there are no trees, because it seldom rains. When it happens to register some precipitation, it is of acid rain. The seasons have been severely affected by the atomic tests and by contamination from the 20th century polluting industries.

    We were warned to look after the environment, but nobody cared. When my son asks me to talk about my youth, I tell him about the green fields, the beauty of the flowers, the rain, how pleasant was to swim and fish in the rivers and dams, to drink all the water we could, and how healthy people was. He asks: Daddy! Why there is no water? Then, I feel a lump in my throat! I cannot help feeling guilty, because I belong to the generation who contributed to the destruction of the environment or simply did not take into account all the warning signs. Now our children pay a very high price! I sincerely believe that within a short time life on earth will not be possible, as the destruction of nature reached now an irreversible stage.  How I would like to go back and make mankind understand… ...that we still had time to save our Planet Earth.

    This show was made by a very talented person, named A P J Abdul Kalam.

    Wednesday, May 20, 2009

    Menukar Fantasi kepada Realiti


    Alam kampus boleh diumpamakan seperti sebuah kotak kaca yang terisi dengan pelbagai benda dan perkara. Kenapa dikatakan kotak berkaca. Kerana benda yang berada dalam kotak tersebut mampu melihat apa-apa sahaja yang ada dan berlaku di luar kotak tersebut. Dengan melihat lebih awal apa yang terjadi dan wujud di luar maka yang berada di dalam kotak tersebut apabila dikeluarkan dapat mengadaptasikan dirinya dengan persekitaran di luar yang hakiki. Kenapa istilah alam digunakan? Bahasa kita sentiasa mengungkapkan persekitaran atau kondisi yang berbeza sebagai alam. Alam persekolahan, alam kampus, alam pekerjaan, alam ghaib, alam nyata dan sebagainya.  Alam (dalam konteks persekitan ini) ibarat sebuah kosmos yang terkandung di dalamnya nilai-nilai dan budaya. [Mungkin ilmu sosiologi dapat menghuraikan lebih lanjut perihal sosialisasi dan kebudayaan ini. (boleh rujuk buku Ibnu Khaldun: al-Muqaddimah atau Malik Bennabi: Social Networks). ] Alam kampus bersifat ideal. Bagi mereka yang masih bergelar mahasiswa mereka tidak akan memahami dengan jelas bentuk ‘ideal’ tersebut sehinggalah mereka keluar. Kebanyakan mereka yang berjaya ialah mereka yang berjaya memahami dan mengadaptasi kehidupan mereka dengan persekitaran. Mahasiswa yang masih selesa dengan gaya persekolahan, mengamalkan teknik belajar seperti di sekolah sudah tentu gagal dalam pelajarannya di universiti. Disebabkan itu ada yang cemerlang di sekolah tetapi gagal di universiti. Begitu juga graduan yang kini hidup ‘bernafas’ di luar tetapi masih mengamalkan corak kehidupan kampus akan terpinggir atau terkebelakang hidupnya. Mungkin mereka cemerlang dalam bidang akademik di Universiti namun mungkin gagal di alam realiti kerana nota kuliah tidak mengajar mereka bagaimana erti dan praktik kehidupan di luar. Mereka mungkin pimpinan mahasiswa yang hebat di alam kampus, pernah bergelar YB dan sebagainya tetapi tidak dapat meneruskan kesinambungan tersebut apabila bergraduasi. Hal ini tidak terkecuali bagi ahli Gerakan Mahasiswa Islam. Kerana gagal mempraktikkan apa yang dipelajari, dididik dan dilatih di kampus (walaupun tahu) mereka boleh sahaja tumpas pada kelekaan dan kecuaian diri. Alam kampus kesemuanya boleh diumpamakan ibarat bilik kuliah. Bukan bilik kuliah di fakulti sahaja bilik kuliah tetapi aktiviti luar yang dilakukan juga adalah bilik kuliah. Bilik yang menjadi medan pentarbiyyahan, didikan, latihan dan ujian serta bekal sebelum ke luar iaitu ke medan sebenar kelak. Ramai yang menghadaminya namun bukan majoriti yang mengamalkan apa yang dihadami.  Kerana itu beberapa tokoh berpandangan jika ingin mengubah manusia jangan terlalu sibuk dengan didikan di peringkat rendah semata-mata. Ini berbalik pada sistem dualisme pendidikan negara. Al-Attas memfokuskan pembinaan ISTAC sebagai sebuah institut pengajian tinggi kerana memahami bahawa mereka yang sudah habis alam pengajian formal (tadika, sekolah, IPT) tidak akan menempuhi lagi sistem korup tersebut. Jadi mudah untuk dibersihkan dan dimurnikan pandang alam mereka.

     

    Harakah Islamiyyah adalah gerak kerja yang berkekalan dan berterusan. Ia tidak berhenti apabila seseorang itu berjaya menggenggam segulung ijazah tetapi ijazah tersebut menjadi tiket baginya untuk terus bergerak kerja. Gerak kerja dalam harakah Islamiyyah memerlukan kesukarelaan atas asas kefahaman dan kesungguhan. Namun ramai meletakkan gerak kerja tersebut sebagai kerja sampingan, di tempat kedua atau sekadar mengisi masa kosong. Mereka mungkin sudah lupa bahawa kalimah tauhid bukan sekadar dijazamkan dalam hati dan dizahirkan melalui lisan tetapi disejajarkan dengan tindakan. Tindakan bukan sekadar yang berbentuk ibadat khusus semata-mata tetapi membabitkan segala gerak laku, penetapan matlamat dan pembawaan hala tuju.

    “Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudia Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” (al-Taubah: 105).

     

    Perjuangan di medan kampus mempunyai ciri tersendiri, tidak sama dengan di luar. Yang berada di sekeliling mereka adalah di kalangan kelompok kecil yang sama walaupun berbilang bangsa dan agama. Kesemuanya terpelajar, berusia hampir sebaya, menerima maklumat terbuka dan melalui ‘lifestyle’ yang lebih kurang sama. Ini tidak sama dengan apa yang sebenarnya di luar. Di luar ada pemandu bas, pakcik penoreh getah, makcik penjual nasi lemak, penagih dadah, imam masjid, mat rempit, workerholic, kaki clubbing, dato’ dan datin, tok guru, artis dan banyak lagi. Memang mereka tetap keluar dan berada bersama masyarakat namun kehidupan dan gaya hidup mahasiswa masih di kampus. Justeru jika keluar ia sekadar pendedahan dan pengalaman. Di sinilah ramai yang masih selesa dengan lingkungan mad’u seperti di kampus. Mudah diajar, boleh dijadikan kawan dan duduk berdekatan. Apa yang berada di luar tidak menjanjikan perjuangan manis di dalam. Menyebabkan mereka rasa tidak selesa semakin jauh dan akhirnya melupakan apa yang dipelajari.

     

    Justeru paradigma ini perlu diubah. Paradigma sebagai kerangka yang digunakan untuk memahami dunia yang sebenarnya perlu dipadankan dengan kefahaman yang jelas. Menurut Thomas Kuhn ada dua jenis manusia yang menjadi sumber perubahan paradigma. Orang muda yang baru lulus ijazah dan pakar yang memasuki bidang baru. Menukar paradigma bukan mudah tetapi jika berjaya diubah maka ia akan menghasilkan tindakan yang cemerlang. Saya sampaikan ini kepada adik-adik seperjuangan yang baru sahaja melepasi tahap pengajian di kampus. Mengapa kita tertunggu-tunggu dengan tugas apa yang akan ditawarkan tanpa kita sendiri berusaha mencari kerja. Itu yang kita pelajari di kampus. Mengapa kita terhegeh-hegeh menyalahkan sistem tanpa kita berusaha memperbaiki sistem. Mungkin ada yang beralasan tidak diberi peluang tetapi bagaimana pula bila tiba bab cari pekerjaan untuk elak menganggur boleh pula kita berusaha mencari pekerjaan bergaji tersebut dengan sedaya mungkin. Ia hanya alasan yang mudah dipatahkan. Pentarbiyyahan bukan latihan semata-mata. Binatang yang tak punya akal boleh dilatih. Untuk bercakap, menari, melompat, berenang dan sebagainya. Tetapi tarbiyyah mendidik kita untuk lakukan apa yang wajib dilakukan. Atas dasar kefahaman, tanggungjawab dan kesungguhan. Imam Abu Hanifah ketika membicarakan perihal pendidikan berpandangan didikan yang diberikan bertujuan mendapatkan ilmu yang mana ilmu itu berkait rapat dengan amalan. Amalan adalah refleksi pada keilmuan. Ia tepat seperti yang disebut oleh Muaz sahabat Nabi SAW: “ilmu adalah ketua, manakala amalan adalah pengikutnya.” Alim dalam Islam bukan terhenti pada memiliki ilmu tetapi merujuk kepada seseorang yang bertindak atau melakukan sesuatu sesuai dengan ilmunya. Yang penting jangan mudah terpesona dengan perjuangan di alam kampus tapi gunakan ilmu yang dipelajari untuk dipraktikkan di luar. Jangan jadikan budaya kehidupan kita seperti di Barat. John Genter ada menyebut: manusia di Barat pergi menyembah ‘bank’ selama 6 hari dan hari ketujuh mereka pergi menyembah gereja.” Kapal yang dilayari oleh orang Barat hampir karam tetapi umat Islam sekarang berbondong-bondong berebut menaiki kapal karam tersebut. Tugas kita untuk menarik mereka semula ke kapal yang terjamin selamat.

     

    Wednesday, May 6, 2009

    Media Revolution


    Media cetak bakal pupus. Semalam kerajaan Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan ‘bimbang’ dan ‘sedih’ kerana keadaan industri akhbar yang terjejas teruk. Pendapatan dari iklan semakin menurun, edaran secara tetap banyak dihentikan dan pengguna kini menggunakan alternatif yang lebih pantas dan mudah dicapai. Kuasa internet sebagai medium penyampaian berita memberi impak buruk kepada industri percetakan. Siaran radio boleh didapati melalui internet, begitu juga dengan TIVO (internet television). Wall Street Journal, Reuters dan banyak lagi syarikat berita yang lain beralih kepada internet menyebabkan akhirnya akhbar-akhbar cetak ini akan diedar secara percuma. Bayangkan siapa yang akan habiskan duit untuk membeli berita yang dilaporkan semalam sedangkan kita dapat mengetahui berita setiap satu saat melalui internet? Itu belum dilihat bagaimana para pelajar menjadikan Wikipedia sebagai ensiklopedia utama mengenepikan Britannica, Islamica dan lain-lain. Kesan ini akan turut melanda Malaysia walaupun mungkin agak lambat. Ditambah dengan maklumat berat sebelah akhbar perdana yang menyebabkan jualan merosot. [Antara doktrin Postmodernisme ialah makna dari setiap penulisan perlu difahami di sebalik apa yang ditulis, apa yang cuba disembunyikan dan apa yang tidak ditulis, ia membawa kepada subjektivisme musnahnya autoriti dan objektiviti serta matinya makna (nihilism)]. Disebabkan itu pada awal slide di atas menyatakan manusia ialah "God". Itu falsafah versi baru Barat yang perlu difahami umat Islam.